Tahukah anda bahawa purata jangka hayat ikan emas atau turut dikenali sebagai Carassius auratus adalah sekitar 10 hingga 15 tahun? Walau bagaimanapun, jangka hayat ikan emas boleh menjadi berbeza-beza secara bergantung kepada kualiti persekitaran dan juga cara penjagaan mereka di kawasan yang mereka tinggal.
Sebagai contoh, menurut laporan Guinness World Records, terdapat seekor ikan emas jantan yang bernama Tish boleh hidup sehingga mencecah umur 43 tahun dan ini menjadikannya ikan emas tertua di dunia yang pernah wujud iaitu pada tahun sekitar 1956 hingga 1999.
Berdasarkan perkongsian pemilik Tish, ikan emas berkenaan diberikan diet yang sihat selain mempunyai kawasa tempat tinggal yang bersih dan damai. Dan berbeza dengan spesies yang tinggal di habitat yang terancam, ikan emas cenderung mengalami tekanan yang boleh memberi kesan kepada mental mereka.
Tambah pemilik ikan emas itu juga, selama bertahun-tahun, apabila Tish semakin tua, sisik ikan emas tersebut mula bertukar daripada oren terang kepada perak.
Adakah Peningkatan Usia Adalah Punca Sisik Ikan Emas Bertukar Warna?
Secara umumnya, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan sisik ikan emas bertukar dari warna keperangan menjadi warna putih atau perak. Ini termasuk:
- Masalah pH air boleh memberi kesan langsung kepada warna ikan emas. Jika pH air tidak stabil, maka sisik ikan emas anda mungkin mula bertukar menjadi putih. Ikan emas memerlukan tahap pH air antara 6.5 dan 7.5. Pendedahan jangka panjang kepada tahap pH yang tidak stabil boleh menyebabkan perubahan warna ikan anda, serta tekanan dan penyakit.
- Pendedahan klorin boleh menyebabkan pelunturan sisik ikan emas sekaligus membawa kepada perubahan warna putih, serta pelbagai masalah kesihatan.
- Cahaya matahari yang kurang juga boleh memberi kesan kepada warna ikan emas.
- Tanpa diet pemakanan yang betul, ikan emas cenderung mengalami perubahan warna. Jika anda mempunyai ikan emas di rumah, sediakan palet makanan yang lengkap seperti cacing darah, daphnia dan sayur-sayuran hijau berdaun untuk ikan anda.
- Umur yang meningkat juga boleh menyebabkan penghasilan pigmen warna oren menjadi berkurangan. Faktor ini yang dialami oleh Tish yang mana perubahan warna sisik kepada warna putih atau perak ini selari dengan peningkatan umurnya.
Selain 5 faktor di atas, terdapat beberapa faktor lain yang perlu anda ketahui berkenaan dengan perubahan warna sisik ikan emas. Sebagai contoh, ikan emas anda mungkin tidak mempunyai sisik yang berwarna oren disebabkan oleh genetik mereka.
Atau tempat tinggal ikan emas yang tidak kondusif dan mempunyai parasit juga menjadi faktor kepada perubahan warna sisik mereka. Salah satunya adalah parasit yang menyebabkan infeksi kepada kulit ikan emas.