Carian
Apa Yang Menarik Pada Gincu Baru Shu Uemura – Rouge Unlimited Kinu Matte?
August 25, 2023 Lina Rosli

Shu Uemura adalah jenama yang tidak lagi asing dalam industri kecantikan dan juga solekan. Jenama ini sangat aktif dalam menampilkan inovasi pada barisan produk mereka tidak kira untuk gincu, pemerah pipi, bedak asas dan banyak lagi.

Terbaru, Shu Uemura dilihat hadir dengan sebuah lagi produk yang bakal menarik perhatian ramai iaitu gincu matte baharu yang dikenali sebagai Rouge Unlimited Kinu Matte.

Menerusi gincu Rouge Unlimited Kinu Matte, anda tidak lagi perlu risau akan pemilihan warna gincu yang bersesuaian dengan kulit anda kerana menurut Shu Uemura, gincu ini kesemuanya direka untuk untuk warna kulit Asia.

Tambah Shu Uemura lagi, ia bukah sahaja menggabungkan intipati artistik Jepun tetapi juga membawakan inovasi termajunya menerusi koleksi gincu Rouge Unlimited Kinu Matte Shu Uemura.

Apa Yang Menarik Pada Gincu Baru Shu Uemura – Rouge Unlimited Kinu Matte?

Diinspirasikan oleh kehalusan sutera chirimen yang mewah, gincu Rouge Unlimited Kinu Matte ini menawarkan pengalaman pemakaian yang gincu yang halus dan licin. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan khas dengan 20 warna yang pelbagai untuk dimiliki dan dipakai untuk setiap majlis.

Kinu Matte direka untuk meluncur pada bibir dengan mudah dengan mengisi garisan dan lipatan bibir. Ia juga diformulasi dengan teknologi matte dengan 2 serbuk matte ukiran yang menyerap minyak, selain turut menawarkan ketahanan pemakaian selama 12 jam.

Bukan itu sahaja, gincu Kinu Matte ini menampilkan hasil warna yang pekat. Ini sekaligus tidak memerlukan anda melapiskan gincu sebanyak beberapa lapisan untuk mendapatkan warna yang diinginkan.

Untuk mendapatkannya, gincu Rouge Unlimited Kinu Matte boleh didapati di semua rangkaian butik Shu Uemura di seluruh Malaysia atau pesan secara atas-talian di kedai Lazada mereka bermula hari ini.

Harga yang ditawarkan untuk gincu Rouge Unlimited Kinu Matte adalah bernilai RM150 sebatang.

Komen