Carian
INNISFREE Memperbaharui Formula Serum Pelembab – Dirumus Dengan 5 Jenis Asid Hyaluronik Dan Beauty Green Tea
August 28, 2023 Lina Rosli

Serum pelembab INNISFREE atau turut dikenali sebagai Green Tea Hyaluronic Serum kini telah diperbaharui formulanya. Ia menampilkan teh hijau yang ditanam khas untuk kegunaan kulit selain turut menggunakan 5 jenis asid hyaluronik yang berfungsi untuk menghidrat, melembapkan dan memulihkan keseimbangan kulit individu.

Menurut INNISFREE, serum ini juga dibuat untuk digunakan sejurus selepas pembersihan yang mana menawarkan kelegaan segera untuk kekeringan kulit dalaman. Dengan menggunakan rumusan asid hyaluronik baharu berkapsul nano, ia mampu melakukan penyerapan 5.7x lebih pantas dan pelembapan 7.6x lebih lama untuk memberikan kesan bercahaya dan gebu.

Selain menawarkan serum, INNISFREE turut menampilkan beberapa produk lain dibawah rangkaian Green Tea Hyaluronic iaitu:

  • Green Team Hyaluronic Skin (RM80) – Ia adalah toner penghidratan yang mengandungi Beauty Green Tea, lima jenis asid hyaluronik, dan probiotik teh hijau untuk menenangkan, menghidrat dan menyelesaikan masalah kulit yang disebabkan oleh kekeringan kulit dalaman.
  • Green Team Hyaluronic Lotion (RM80) – Losyen ini mengandungi probiotik teh hijau dan panthenol untuk membantu memudahkan penghalang kelembapan yang sihat, memastikan tahap kelembapan minyak kulit anda seimbang.
  • Green Team Seed Hyaluronic Cream (RM110) – Merupakan pelembap harian yang membantu melegakan masalah yang disebabkan oleh dehidrasi kulit dalaman, seperti kekeringan, sesak, kekasaran dan mengelupas akibat kehilangan lembapan.
  • Green Team Seed Hyaluronic Eye And Face Ball (RM89) – Ia adalah serum mata pelbagai guna yang menyediakan penjagaan rapi untuk masalah seperti lingkaran hitam, kekeringan, kusam, bengkak dan garis halus pada bahagian mata. Ia dirumus dengan teh hijau Beauty, kafein, dan niacinamide untuk melembapkan, mengurangkan bengkak, dan mencerahkan secara serentak. Ini boleh digunakan di sekitar mata, mulut dan garis nasolabial.
  • Green Team Hyaluronic Mist (RM56) – Dirumus dengan air teh hijau dan lima jenis asid hyaluronik, mist ini dengan serta-merta menambah kelembapan kepada kulit kering sekaligus memberikan sensasi yang menyejukkan dan menyegarkan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan rangkaian pencuci muka baharu iaitu Green Tea Amino Hydrating Cleansing dari INNISFREE.

Ia juga yang menggunakan bahan rumusan baharu iaitu kompleks asid amino yang sangat melembapkan untuk membersihkan secara lembut sambil memberikan penghidratan untuk memastikan penghalang kelembapan kulit anda sihat.

Menerusi rangkaian Green Tea Amino Hydrating Cleansing ini anda boleh memilih sama ada, Green Tea Amino Hydrating Cleansing Water (RM68) dan Green Tea Amino Hydrating Cleansing Foam (RM48). Yang membezakan kedua-duanya adalah :

  • Green Tea Amino Hydrating Cleansing Water – Pembersih muka jenis air ini berfungsi menanggalkan solekan anda di samping melindungi tahap pH kulit. Ia juga mempunyai formula micellar yang digabungkan dengan ekstrak Acorus Calamus Root, yang menarik kekotoran seperti magnet sambil tetap lembut pada kulit. Pembersih ini juga dirumus dengan air teh hijau untuk menjadikan kulit berasa segar dan lembap selepas digunakan.
  • Green Tea Amino Hydrating Cleansing Foam – Pembersih muka jenis buih pula hadir dengan bahan hypoallergenic untuk melembapkan kulit selepas pembersihan. Buih-buih asid amino berfungsi dalam menghilangkan kekotoran secara menyeluruh sambil mengimbangi tahap kelembapan minyak kulit. Produk ini telah diuji secara dermatologi untuk memastikan pengalaman pembersihan yang lembut dan menenangkan untuk semua jenis kulit walaupun anda mempunyai kulit sensitif.
Komen