Carian
5 Perkara Yang Perlu Anda Elakkan Sewaktu Membeli Barangan Runcit Di Pasaraya
August 28, 2023 Lina Rosli

Grocery shopping atau membeli barangan runcit secara umumnya merupakan salah satu aktiviti yang paling digemari penulis ketika di hujung minggu. Ini kerana, mengisi semula ruangan kosong di kabinet makanan dan peti sejuk di dapur dapat melahirkan satu perasaan lega untuk menjalani hari-hari seterusnya.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah waktu, penulis mendapati barangan yang dibeli tidak mencapai standard yang sepatutnya. Sebagai contoh, kondisi produk berkenaan mungkin sudah rosak, awal sebelum tarikh yang dinyatakan. Ataupun, barang berkenaan mempunyai kualiti yang buruk sehingga menjejaskan kesihatan isi rumah dan banyak lagi.

Oleh itu, adalah penting untuk anda memastikan kualiti barang yang dibeli memenuhi kriteria yang anda perlukan sebelum anda meneruskan pembelian. Elakkan daripada terburu-buru melakukan pembayaran dan perhatikan elemen-elemen penting pada produk sebagai jaminan tahan keselamatan produk untuk digunakan.

#1 Tidak Mengambil Produk Dengan Dengan Pek Bungkusan Yang Rosak

Elakkan daripada membeli produk makanan dengan keadaan pembungkusan yang telah rosak. Ini bagi mengelakkan anda membeli makanan yang sudah dimasuki serangga atau anasir luar yang telah menjejaskan kualiti makanan.

Pastikan anda memilih pek yang tidak berlubang, tidak bocor, dan tidak kemek. Selain itu, jangan terpengaruh dengan diskaun untuk barangan rosak kerana ia mungkin sudah basi dan tidak mempunyai khasiat untuk dimakan.

#2 Tidak Membeli Produk Makanan Panas Yang Terdedah Atau Tidak Ditutup

Di kebanyakan pasaraya, terdapat satu ruang jualan makanan panas yang dibuka untuk para pelanggan. Dan anda mungkin pernah terdetik untuk membeli makanan tersebut untuk dibawa pulang.

Sudah tentu, ia tidak menjadi masalah untuk anda mendapatkannya. Namun, harus diingatkan bahawa tidak semua ruangan jualan ini diurus dengan betul. Oleh itu, anda harus mengelakkan daripada membeli makanan yang telah terdedah lama di luar. Makanan yang tidak disimpan pada suhu yang betul boleh mencetuskan risiko penyakit bawaan makanan.

Makanan panas hendaklah sentiasa panas, makanan sejuk hendaklah sejuk, dan setiap bahagian hendaklah dalam bahagian yang berasingan untuk suhu masing-masing. Jika suhu makanan diragui (contohnya salad dan sup suhu bilik), elakkan daripada beli atau makan.

#3 Elak Beli Produk Tenusu Yang Tidak Dipasteurisasi

Di pasar raya, pastikan anda hanya membeli produk tenusu yang teah dipasteurisasi. Hal ini kerana, produk tenusu mentah boleh menyimpan bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan yang serius, dan boleh menjadikannya tidak selamat untuk dimakan.

Pempasteuran ialah proses rawatan haba yang memastikan susu yang anda beli di kedai selamat untuk diminum dengan menghapuskan kuman berbahaya dalam susu. Pempasteuran juga mengurangkan risiko penyakit seperti salmonella, listeria dan banyak lagi, tanpa mengurangkan sebarang nutrien, dan sebenarnya meningkatkan kualiti dan rasa produk.

#4 Tidak Beli Daging Ayam Atau Lembu Yang Telah Berubah Warna

Jika daging ayam atau lembu, pastikan anda semak keadaan fizikal produk berkenaan sebelum melakukan pembelian. Elak daripada membeli daging ayam dengan tompokan hijau pada isi dan kulit ayam, tidak mengambil daging lembu yang sudah berubah warna menjadi kelabu ataupun kelihatan pucat.

Sementara untuk roti, pilih roti atau pastri yang tidak mempunyai kulat dan mempunyai bau aneh lain yang datang daripada makanan.

Selain itu, ambil perhatian pada kepada para pekerja yang menguruskan makanan berkenaan. Pekerja yang mengendalikan daging segar atau barangan deli hendaklah memakai sarung tangan pakai buang untuk mengelakkan pencemaran silang.

#5 Tidak Memilih Produk Tin Yang Telah Kemik

Tidak dinafikan, memilih tin yang tidak kemik dan berlekuk sememangnya bukan perkara yang mudah. Ini kerana, sesetengah kemik boleh berlaku disebabkan oleh situasi sewaktu pemunggahan barangan di bilik inventori.

Menurut USDA, jika barang dalam tin mempunyai kemik yang sangat kecil tanpa tanda-tanda kerosakan fizikal yang lain, produk itu masih harus selamat untuk dimakan. Akan tetapi, sekiranya tin berkenaan mempunyai lekuk yang sangat besar sehingga anda boleh anda meletakkan jari anda, ini adalah petanda anda harus berhati-hati kerana ini boleh menjejaskan keselamatan makanan.

Komen