Bersempena Hari Kebangsaan ke-66 yang bakal tiba pada Khamis ini, 31 Ogos 2023, terdapat banyak restoran, kafe dan jenama makanan yang menawarkan promosi dan diskaun menarik kepada para pelanggan mereka di samping menunjukkan semangat patriotik kepada tanah air Malaysia.

Berikut adalah beberapa tawaran hebat yang boleh anda nikmati sama ada bermula hari ini atau tawaran satu hari hanya pada 31 Ogos 2023 ataupun 16 September 2023.

#1 Kopi Saigon – Diskaun Harga Minuman RM6.60

Tawaran diskaun 6 hari bermula 29 Ogos hingga 3 September, Kopi Saigon menawarkan kepada anda potongan harga sebanyak RM6.60 daripada bil anda sekiranya anda membeli mana-mana 3 minuman pilihan istimewa mereka.

Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Kopi Saigon yang berdekatan anda dan pilih minuman yang mempunyai toppings dan cawan saiz besar kegemaran anda.

#2 Taco Bell – Kombo Kaw Kaw Berharga RM24.95, Diskaun 31%

Berita baik untuk peminat taco di Malaysia, Taco Bell juga turut menawarkan promo untuk pembelian set kombo Kaw Kaw pada harga RM24.95 sahaja.

Tawaran ini boleh didapatkan setiap hari sehingga stok masih ada. Kunjungi ke rangkaian Taco Bell berdekatan anda bermula hari ini.

#3 TGI Fridays – Semua Hidangan Lamb Ribs Berharga RM66

Untuk peminat daging kambing, berita baik untuk anda kerana TGI Fridays menawarkan harga jualan hanya RM66 untuk kesemua hidangan Lamb Ribs bersempena Hari Kebangsaan yang ke-66.

Pastikan anda berkunjung ke cawangan TGI Fridays berhampiran anda dan kemudian tebus hidangan kambing kegemaran anda pada harga yang lebih murah mula 31 Ogos sehingga 3 September 2023.

#4 Secret Recipe – Beli 2 Potong Kek Percuma 1 Potong Kek

Nampaknya Secret Recipe juga tidak ingin ketinggalan dalam memeriahkan Hari Kebangsaan Malaysia pada minggu ini.

Restoran ini dilihat menawarkan diskaun sebanyak RM10 untuk setiap pesanan kek penuh yang dilakukan menerusi aplikasi SRGO. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah masukkan kod promo SRMERDEKA sebelum meneruskan pembelian dalam aplikasi. Tawaran sah bermula 25 Ogos hingga 31 Ogos 2023.

Selain itu, pada 31 Ogos 2023 juga, Secret Recipe menawarkan promosi beli 2 percuma 1 potong kek bermula jam 12 tengahari hingga jam 5 petang.

#5 Street Churros – Beli Churros Ke-3 Pada Harga RM3.10

Bagi anda yang menggemari churros, maka ini adalah peluang anda untuk merebut diskaun dan tawaran menarik di Street Churros

Tawaran sah bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2023, dan anda boleh menikmati promosi beli 2 churros dan nikmati pembelian churros ke-3 pada harga hanya RM3.10.

#6 CoolBlog – RM6.60 Untuk Dua Cawan Fruitti Ice Blended

Di CoolBlog, anda boleh mendapatkan dua cawa Fruitti Ice Blended pada harga RM6.60 sahaja. Promosi ini sah untuk pembelian di cawangan fizikal CoolBlog berdekatan anda.

#7 Marry Brown – Bertukar Ke Cawan Saiz Besar Untuk Milo Ais Secara Percuma

Bagi meraikan Hari Kebangsaan yang ke-66, Marrybrown menawarkan promosi berubah ke saiz besar secara percuma untuk Milo Ais kepada 50 pelanggan pertama di setiap cawangan.

Anda hanya perlu berkunjung ke cawangan Marrybrown berdekatan anda pada hari Kebangsaan iaitu pada 31 Ogos 2023 untuk mula menebus.

Selain itu, nikmati juga Marrybrown Rakyat Bucket dan jimat sehingga 30% di setiap pembelian.

#8 Sushi King – Nikmati Rebat RM6.60 Untuk Pesanan Seterusnya

Untuk bulan Kebangsaan ini, Sushi King memberikan rebat sebanyak RM6.60 untuk digunakan di pesanan yang seterusnya di cawangan mereka.

Rebat ini boleh didapatkan bermula 31 Ogos hingga 10 September 2023 dengan syarat, anda perlu melakukan pesanan sekurang-kurangnya bernilai RM30. Dan kemudian, tebus baucar ini pada 11 hingga 16 September 2023.

#9 IKEA Tebrau – Dapatkan Baucar RM50 Untuk Pembelian Barangan Rumah

Bermula 5 hingga 30 Ogos 2023, dapatkan baucar diskaun bernilai RM50 untuk pembelian barangan rumah anda bagi setiap transaksi yang anda bayar di Swedish Restaurant atau Swedish Food Market.

Tawaran ini sah hanya di IKEA Tebrau sahaja dengan syarat anda harus berbelanja sekurang-kurangnya RM50 untuk makanan di kedai makan IKEA.

#10 FamilyMart – Promosi Menarik Untuk Pelbagai Makanan Di FamilyMart

Semakin banyak jenama dan kedai makanan yang mula menawarkan promosi eksklusif sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang bakal berlangsung pada 31 Ogos 2022.

Dan antara jenama yang tidak ketinggalan memeriahkan bulan kemerdekaan di Malaysia termasuklah FamilyMart.

Terdapat pelbagai promosi yang boleh anda nikmati bermula 16 Ogos sehingga 3 Oktober 2023. Antaranya anda boleh menikmati termasuklah diskaun bagi pembelian kombo, pengenalan menu baru dan banyak lagi.

#11 Burger King – Aiskrim Malty Percuma Untuk Pembelian Pandu-Lalu

Nikmati aiskrim Malty Chocolate percuma sekiranya anda melakukan pembelian di cawangan Burger King yang menawarkan pilihan pandu-lalu.

Tawaran ini sah bermula hari ini sehingga 3 September 2023 dengan syarat anda perlu melakukan pembelian apa-apa hidangan di stesen pandu-lalu.

#12bMcD Malaysia – Diskaun 50% Untuk Pembelian Kopi Susu Di Aplikasi McD

Sekiranya anda ingin mendapatkan kopi susu pada harga yang lebih rendah, anda perlu kunjungi ke McDonalds’ Malaysia dan beli hidangan tersebut dan nikmati potongan harga 50% setiap satu cawan.

Apa yang perlu anda lakukan adalah lakukan pembelian terus di aplikasi mudah-alih McD dan nikmati kopi susu kegemaran anda mulai hari ini.

#13 GongCha – Diskaun 66% Untuk Pembelian Minuman Kedua

Sepanjang bulan Kebangsaan ini, pada 31 Ogos dan 16 September 2023, anda boleh menikmati tawaran diskaun sebanyak 66% untuk pembelian minuman GongCha bagi cawan yang kedua.

Promosi hanya sah untuk pembelian minuman selain dari minuman dari kategori Seasonal dan juga Smoothies. Selain turut tidak tertakluk untuk pembelian secara atas-talian atau menerusi aplikasi mudah-alih.

#14 Nandos Malaysia – Nikmati Ayam Yang Bernilai RM63.90 Secara Percuma Bagi Pembelian Hidangan Lain Minimum RM100

Merdeka ini marilah kita bersama-sama menjamu selera, dan berkenalan dengan lebih rapat sambil menikmati hidangan yang lazat di Nandos Malaysia.

Anda boleh dapatkan ayam penuh percuma yang bernilai RM63.90 dengan pesanan minimum RM100. Tawaran ini sah untuk servis makan di kedai pada 31 Ogos 2023 selain terhad untuk 31 penebusan terawal sahaja.

#15 Texas Chicken – Kombo RM6.60

Anda boleh menikmati kombo mampu milik iaitu Kombo A dan Kombo B di Texas Chicken pada harga RM6.60.

Tawaran ini sah pada 31 Ogos 2023 sahaja di semua rangkaian Texas Chicken berdekatan anda.

#16 Tealive – Beli Cawan Kedua Dan Nikmati Diskaun 31%

Jangan lupa juga untuk menebus diskaun sebanyak 31% untuk cawan kedua minuman Tealive kegemaran anda.

Lakukan pembelian secara atas-talian dan masukkan kod promo MY31 sebelum anda meneruskan pembayaran di dalam aplikasi.

#17 J.Co – Beli Minuman Pada Harga Hanya RM11 Atau 2 Dozen Donut Pada Harga RM39

Bermula 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2023, anda boleh menikmati mana-mana promosi sama ada mendapatkan mana-mana minuman di J.Co pada harga RM11 sahaja ataupun milik 2 dozen donut pada harga RM39.

#17 Juicy – 6 Minuman Pada Harga RM6

Sambut Hari Kebangsaan dan beli minuman JUICY pada harga istimewa untuk minuman terpilih seperti:

  • Watermelon Lychee
  • Strawberry Banana
  • Mango Milk
  • Dragonfruit Lychee
  • Orange Apple
  • Dragonfruit Mixed Berry

Tawaran ini sah bermula 21 Ogos hingga 31 Ogos 2023 dan nikmati minuman pada harga hanya RM6 sahaja.

#19 Pizza Hut – Diskaun 50% Untuk 3 Menu Pilihan Ramai

Hanya laungkan MMM-Deka! MMM-Deka! MMM-Deka! dan nikmati diskaun sebanyak 50% untuk pembelian Garlic Bread, Mushroom Soup atau pizza saiz Regular pada 31 Ogos 2023.

Atau laungkan MMM-Malaysia! sebanyak tiga kali pada 16 September 2023 dan nikmati diskaun yang sama.

#20 Starbucks – RM25 Untuk 2 Cawan Frappuccino Bersaiz Venti

Pembelian menerusi kad Starbucks ataupun aplikasi Starbucks MY, anda boleh menikmati dua cawan Frappuccino pada harga hanya RM25 sahaja.

Promosi ini sah pada 31 Ogos 2023 pada jam 6 petang hingga 8 malam.

Berikut adalah beberapa tawaran dan diskaun menarik yang boleh anda tebus bermula hari ini sehingga 16 September 2023.

Anda juga boleh kongsikan banyak lagi tawaran menarik yang boleh orang ramai dapatkan selepas ini. Selamat mencuba!