Carian
ZUS Coffee Menampilkan Kampung Buatan Malaysia Di Rumah Tangsi KL
August 28, 2023 Lina Rosli

Pada hari Sabtu, 9 September 2023, minggu kedua bulan September, ZUS Coffee telah menganjurkan acara menarik yang dibuka kepada umum.

Mengambil tema ‘Kampung Buatan Malaysia’ yang akan diadakan di Rumah Tangsi yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, anda boleh menerokai pelbagai aktiviti kebudayaan di lokasi berkenaan.

Selain itu, anda juga boleh membeli-belah dan menikmati hidangan menarik ZUS COffee bermula dari jam 10 pagi sehingga ke jam 6 petang.

Bagi yang berminat, anda boleh berkunjung ke Kampung Buatan Malaysia ZUS Coffee pada hujung minggu hadapan dan selami terowong masa mereka untuk melihat keunikan budaya di Malaysia beramai-ramai.

Komen