Carian
L’Oréal Paris Hadir Dengan Kempen Yang Memperkasakan Wanita – #WalkYourWorth Di KLFW 2023
August 29, 2023 Lina Rosli

Di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2023, L’Oréal Paris mengadakan pertunjukan di pentas secara eksklusif menerusi kempen #WalkYourWorth. Sewaktu acara ini, L’Oréal Paris menampilkan barisan wanita Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk meraikan kecantikan, kekuatan dan cerita setiap individu yang unik.

Selari dengan slogan, “Kerana Dirimu Begitu Berharga” yang menjadi simbolik jenama ini, kempen ini hadir bagi tujuan memperkasakan wanita, menggalakkan mereka untuk tanpa gentar merangkul cita-cita mereka dan mempercayai nilai diri mereka.

Menurut L’Oréal Paris juga, ia sentiasa menjadi misi mereka untuk memberi inspirasi dan menggalakkan wanita dari semua lapisan masyarakat dalam meneroka suara mereka dan merangkul nilai diri melalui identiti unik mereka.

Kempen itu menggabungkan banyak personaliti dan pempengaruh seperti, atlet kebanggaan negara Farah Ann, usahawan inovatif Dr Jezamine Lim, pemuzik etnik Belle Sisoski dan pengasas Persatuan Vitiligo Malaysia, Sonya Charles. Kehadiran mereka adalah untuk memberi semangat kepada para wanita untuk memecahkan halangan dan menakluki sebarang cabaran yang mendatangi mereka.

Diadakan di The Boathouse, L’Oréal Paris dan KLFW menampilkan beberapa penampilan imej yang mengagumkan yang ianya dihasilkan oleh produk solek dan rambut L’Oréal Paris.

Kempen “Walk Your Worth” di KLFW 2023 menjadi bukti komitmen L’Oréal Paris yang tidak berbelah bahagi untuk memperkasakan wanita dan mempromosikan kepelbagaian. Dengan menunjukkan kuasa transformatif nilai diri di pentas, L’Oréal Paris terus memberi inspirasi kepada individu untuk menerima nilai mereka, meraikan keperibadian mereka, dan memancarkan keyakinan.

Komen