Carian
MLB, Jenama Streetwear Korea Buka Cawangan Ke-4 Di 1 Utama Shopping Centre
August 30, 2023 Lina Rosli

Pada September ini, jenama pakaian Streetwear Korea, MLB, bakal memikat peminat fesyen dan K-Style menerusi pembukaan kedai mereka di Pusat Beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya.

Ia merupakan cawangan MLB yang ke-4 selepas pelancaran kedai pertamanya di IOI City Putrajaya awal tahun 2023 dan juga 2 kedai baharu pada bulan Ogos 2023 di Mid Valley Southkey Mall, Johor Bahru dan Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang.

Bagi yang tidak mengetahui, MLB menawarkan pelbagai produk fesyen dari variasi kategori seperti kasut, baju dan seluar, topi serta banyak lagi.

Bersempena dengan pembukaan kedai baharu MLB, anda juga berpeluan menikmati pelbagai tawaran istimewa yang menarik termasuk baucar eksklusif, hadiah barangan edisi terhad dan menawarkan perkhidmatan penyesuaian percuma untuk topi dan kasut, menambahkan sentuhan peribadi pada gaya tandatangan jenama dan terlaris.

Khusus untuk anda yang menggemari K-Style, MLB menyatakan bahawa kedai baharu mereka di 1 Utama ini akan menjadi hab utama untuk Korean Streetwear di Malaysia. Di sana, anda akan melihat ciri estetika segar yang menggabungkan K-Style yang mewah dengan tempat yang sesuai untuk Instagram. Ini termasuk penampilan Cap Feature Wall yang mempamerkan hampir lebih 100 jenis produk tersendiri, termasuk produk utama mereka seperti Koleksi Varsity dan Monogram, topi serta kasut.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan koleksi pakaian MLB merangkumi spektrum gaya yang pelbagai untuk semua orang bermula pada harga RM230 hingga RM990. Topi MLB juga boleh didapatkan pada harga dari RM190 hingga RM360 manakala kasut, beg dan aksesori berkisar antara RM290 hingga RM990.

Jangan ketinggalan untuk datang ke kedai runcit keempat MLB yang akan dibuka di G305, GF LUXE, 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya bermula 31 Ogos 2023, setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Komen