Carian
Watsons Club Malaysia Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-13 – Menawarkan Diskaun Berbaloi Untuk Pelbagai Jenama Kecantikan
August 30, 2023 Lina Rosli

Menjadi antara rangkaian farmasi penjagaan diri dan kecantikan yang popular di Malaysia, kini Watsons telah menampilkan lebih daripada 700 cawangan fizikal di seluruh Malaysia.

Watsons Malaysia bukan sahaja menawarkan lebih daripada 100 jenama produk keperluan diri dan keluarga, tetapi juga hadir dengan variasi pilihan servis yang boleh dinikmati oleh semua pelanggannya.

Ini termasuk pengenalan kad ahli kelab Watsons atau Watsons Club Members yang kini sudahpun mencapai usia 13 tahun di Malaysia. Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Watsons Club ini, farmasi ini nampaknya menampilkan pelbagai tawaran menarik yang boleh anda rebut – diskaun pembelian produk terpilih sehingga 60%.

Antara jenama yang mengambil bahagian di dalam promosi 13th Versary WOW Watsons termasuklah OLAY, Walch, Biore, Skintific, IN2IT, Nivea, Cosmoderm dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan juga jenama makanan sihat seperti Blackmores, Redoxon, BRANDS, Natural dan pelbagai yang lain.

Bagi yang tidak mengetahui, Watsons kini mempunyai 7.2 juta ahli berdaftar yang mana jumlah ini meningkat sebanyak 1.5 juta ahli baharu jika dibandingkan pada tahun 2019 iaitu sebanyak 5.7 juta.

Dengan pertambahan angka untuk jumlah ahli Watsons, jenama ini turut memperkenalkan ciri StyleMe, perkhidmatan percubaan solek maya yang dikuasakan teknogi realiti terimbuh yang membolehkan pelanggan mendapatkan produk solekan dicadangkan oleh jurusolek profesional yang diperibadikan.

Watsons kini telah berkembang daripada 535 kedai pada 2019 kepada 700 kedai untuk tahun 2023. Manakala untuk Asia, setelah menambah 1,400 kedai dalam tempoh 3 tahun, Watsons kini telah mencapai angka 8,000 untuk jumlah keseluruhan kedai mereka di seluruh Asia.

Komen