Produk Jenama Watsons Kini Boleh Didapati Di 10 Lokasi BilaBila Mart Di Lembah Klang
Lina Rosli
Baru-baru ini, Watsons Brand telah bekerjasama dengan BilaBila Mart di dalam menawarkan pendekatan ‘kedai runcit’ moden Malaysia melalui vendor yang menyegarkan dan kontemporari.
Dengan adanya bilangan cawangan BilaBila Mart yang dibuka di hampir 30 lokasi, terutamanya terletak dalam kawasan kediaman seperti kondominium dan kampus universiti, ia sekaligus menjadikan kedai runcit ini sebagai destinasi revolusioner untuk jenama Watsons.

Perkongsian ideal ini memberikan BilaBila Mart akses mudah kepada produk berkualiti tinggi dari Watsons selain dijual pada harga yang harga mampu milik. Produk tersebut merangkumi kategori kesihatan, kecantikan, penjagaan diri dan gaya hidup.
Menurut BilaBila Mart, mereka menjangkakan yang mana mereka akan berfungsi sebagai platform yang ideal untuk Watsons Brands mengembangkan jangkauannya dan merebut peluang jualan baharu.

Buat masa ini, Watsons Brands kini boleh didapati di 10 lokasi BilaBila Mart di Lembah Klang, dan jenama ini bakal mengembangkannya ke lebih banyak kedai dalam masa terdekat untuk menawarkan pengguna dalam segmen ini pilihan yang lebih luas.