Carian
Promosi Bonanza Di Sushi King Hadir Dengan Konsep Serba Baharu – Kini Berharga RM4.06 Sepinggan
September 5, 2023 Lina Rosli

Khusus buat penggemar hidangan dari Sushi King, jenama makanan Jepun ini kini menawarkan belian satu pinggan pada harga RM4.06 untuk 50 hidangan terpilih khusus untuk ahli berdaftar Sushi King.

Bagi yang tidak mengetahui, untuk promosi bonanza ini, anda boleh menikmati pelbagai jenis juadah untuk pinggan yang berbeza pada harga yang sama. Jika dahulu, menerusi Sushi Bonanza ini, ini merupakan peluang untuk anda mendapatkan hidangan premium mereka seperti salmon, unagi, chuka iidako dan banyak lagi pada harga yang mampu milik.

Sebelum ini, promosi Sushi Bonanza ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut lokasi dan negeri yang terpilih. Tetapi kini, semua rangkaian Sushi King di Malaysia akan menawarkan minggu Sushi Bonanza pada tarikh yang sama.

Untuk kali ini, nikmati Sushi Bonanza anda bermula dari tarikh 5 hingga 8 September 2023. Antara menu menarik yang hadir termasuk Norwegian Salmon, Salmon Menchi, Surimi Scallop, Yakiniku, Fry Roll, Unagi Slice, Ebi Fru, Chicken Cheese dan banyak lagi.

Selain itu, perbezaan yang ketara untuk konsep terdahulu dan Bonanza yang terbaru adalah ia kini menawarkan kaedah pesanan untuk beberapa menu yang anda ingin dapatkan. Dan terdapat beberapa menu umum yang dahulu ditawarkan sewaktu Bonanza kini tidak lagi boleh dipesan sepanjang tempoh promosi.

Kini Harga Pinggan Sushi King Bonanza Meningkat Dari RM3 Sepinggan Kepada RM4 Sepinggan

Seperti yang anda sedia maklum, harga jualan untuk setiap pinggan di Sushi King sewaktu Sushi Bonanza kini telah meningkat sebanyak RM1. Dan ini sekaligus menjadikan harga jualan pinggan Sushi Bonanza kini bernilai RM4.06 setiap satu.

Selain sewaktu Bonanza, Sushi King turut telah mengubah beberapa penawaran mereka di dalam menu seperti pengurangan saiz hidangan bagi pinggan warna ungu selain turut menukar beberapa hidangan dari pinggan pada harga rendah kepada harga yang lebih mahal.

Komen