Carian
Basque Burnt Cheesecake Sebenanrnya Adalah Kek Keju Dengan Bahan Yang Tidak Lengkap
September 5, 2023 Lina Rosli

Pernah pada satu waktu di mana Basque Burnt Cheesecake ini menjadi satu fenomena dalam kalangan penggemar pencuci mulut di Malaysia. Mana tidaknya, kek keju yang lazat ini bukan sahaja menawarkan rasa keju yang berkrim tetapi juga menampilkan rasa lemak dan manis di setiap satu gigitan.

Untuk pengetahuan anda, apa yang menjadikan Basque Burnt Cheesecake ini unik sebenarnya adalah bahan-bahan yang ‘hilang’ dan teknik ‘tidak betul’.

Secara umumnya, kek keju ini diperbuat daripada keju krim, telur, gula dan juga sedikit tepung gandum. Dan berbeza dengan kek keju biasa pula, Basque Burnt Cheesecake dimasak pada suhu yang sangat tinggi. Manakala kek keju biasa memerlukan anda untuk memasak kastard telur halus pada api yang agak perlahan.

Tahukah Anda Siapakah Yang Mula-Mula Menghasilkan Basque Burnt Cheesecake?

Bagi yang tidak mengetahui, Basque Burnt Cheesecake ini dihasilkan oleh Santiago Rivera pada tahun sekitar 1990-an.

Santiago Rivera merupakan anak lelaki kepada Eladio Rivera yang merupakan pengasas sebuah kedai kek yang diberi nama La Vina yang mula membuka pintu kedainya sejak tahun 1959. Kedai kek ini terletak di bandar peranginan San Sebastian di wilayah Basque di Sepanyol.

Santi pada awalnya bekerja di bar sejak kecil menjadi seorang tukang masak. Didorong sokongan dari rakan-rakan chef Santi, kadangkala dia mengambil kursus memasak dan mempelajari pelbagai yang baharu. Menurut Santi, dia akan melakukan latihan memasak pada waktu lapang. Ini termasuk latihan untuk penyediaan makanan di restoran dan juga latihan penyediaan kek.

Kek keju secara amnya bukanlah hidangan tradisional Basque, tetapi di penghujung tahun 1980-an, pada ketika itu Santi dipenuhi dengan idea-idea yang menarik untuk mencipta makanan baharu hasil daripada penyertaan sebuah kursus yang dilakukan di Paris.

Pada tahun itu juga, keju krim dan bahan makanan ‘moden’ lain baru tiba ke Sepanyol.

Tidak seperti kek keju New York klasik, kek keju Burnt Basque tidak licin atau padat. Sebaliknya, pencuci mulut itu dibakar pada suhu tinggi — mempunyai tekstur yang ringan dan hangus selain turut menampilkan lapisan karamel di bahagian atas.

Kek keju Basque juga tidak mempunyai kerak, memberikan rasa yang serupa dengan mousse. Bahagian tepi luarnya biasanya berkedut dan tidak seragam.

Bagaimana Basque Burnt Cheesecake Mula Dipopularkan?

Setelah dihidangkan selama bertahun-tahun selepas pengenalannya, kek keju ini mula mendapat tempat di dalam kalangan penggemar manisan hanya apabila trend untuk lawatan pintxo bermula pada tahun 2000-an.

Pada ketika itu, rata-rata pelancong akan secara beramai-ramai mula berkunjung ke kedai kek keju La Vina. Malah, kini terdapat banyak kedai yang telah hadir dengan kek yang sama menggunakan resipi Burnt Basque Cheesecake yang dikongsikan oleh Santi.

Komen