Ini Promosi Menarik Sepanjang Jualan 9.9 Mega Brands Lazada Pada 9-13 September 2023
Lina Rosli
Lazada mengumumkan tarikh bagi Jualan 9.9 Mega Brands yang akan berlangsung bermula 9 hingga 13 September 2023.
Menerusi promosi ini, Lazada mengajak orang ramai untuk merebut tawaran dan diskaun berbaloi daripada pelbagai jenama yang pastinya menceriakan para pengguna yang gemarkan barangan berjenama.

Bermula seawal 4 September, para pengguna juga boleh mula mengumpul Lazada Bonus untuk menikmati diskaun RM9 dengan setiap pembelian berjumlah RM90. Selain itu, diskaun tambahan turut boleh didapati dengan tawaran Chup Dulu yang membolehkan pengguna meletakkan deposit untuk menikmati harga terendah dengan penjimatan sehingga 60% untuk barangan terpilih.
Dengan tawaran daripada kedai dalam talian terpilih di LazMall dan Lazada Marketplace, para pengguna boleh menjangkakan promosi hangat daripada pelbagai jenama yang diidam-idamkan, antaranya SKII, Lancome, Nike, OGAWA, Samsung, Clarks, Timberland, PUMA, Skechers, dan banyak lagi.

Promosi Barangan Sukan, Elektronik, Keperluan Rumah, Penjagaan Diri Dan Banyak Lagi
Dapatkan pelbagai produk seperti kasut, pakaian athleisure, aksesori elektronik, barangan runcit, keperluan rumah, produk penjagaan diri, jam tangan, dan mainan, pengguna dengan harga yang lebih rendah daripada biasa iaitu nikmati penjimatan hingga 50%.

Lazada Marketplace juga menawarkan promosi berbaloi bagi kategori fesyen, elektronik, kesihatan dan kecantikan, dan banyak lagi menerusi Mega Jom Bazaar. Mulai 5 hingga 8 September, kumpulkan baucar daripada kedai atas-talian atau penjual kegemaran anda untuk menikmati diskaun lumayan hingga 90%.
Jangan lupa untuk gabungkan promosi ini bersama baucar penghantaran percuma dan pulangan tunai setiap hari.
Crazy Brand Mega Offers – Promosi Khusus Untuk Anda Yang Gemar Membeli Belah Pada Waktu Lewat Malam
Lazada juga hadir dengan Crazy Brand Mega Offers yang akan berlangsung setiap hari mulai 9 hingga 13 September, pada 12 tengah malam hingga 2 pagi. Ia menawarkan diskaun sebanyak 90% di LazMall untuk jenama Sulwhasoo, Adidas, Samsonite, Braun Büffel, La Mer, Jo Malone, Pandora, dan banyak lagi.
Selain itu, Lazada juga hadir dengan diskaun sebanyak 70% di samping penjimatan bagi pelbagai produk seperti kasut jenama Converse, barangan kulit Furla, pakaian Lacoste, produk rumah dan gaya hidup MUJI, produk kosmetik dan penjagaan kulit MAC, dan banayak lagi.

Malahan, bagi mereka yang ingin menikmati nilai hebat pada harga rendah, sertai promosi 9.9 Surprise Boxes. Kotak kejutan ini boleh dibeli pada harga RM9 hingga RM119, di mana setiap kotak diisi dengan pelbagai produk bernilai hingga RM1,000 atau lebih daripada jenama terkemuka seperti Laneige, Marc Jacobs, Calvin Klein, Philosophy, Kerastase, Melvita, Innisfree The Face Shop, belif, Black and Decker, Habib, dan ELLE.


Anda hanya perlu memilih jenama kegemaran anda dan nantikan kejutan daripada koleksi produk yang merangkumi kejutan menawan seperti barang kemas, koleksi edisi terhad, set penjaagaan kulit eksklusif, minyak wangi, snek organik premium, dan pelbagai jenis makanan.
Tandakan kalendar anda untuk Jualan 9.9 Mega Brands Lazada dan maksimumkan penjimatan dengan tawaran dan diskaun yang pastinya mengujakan. Inilah masanya untuk kita bijak berbelanja dengan memanfaatkan kempen membeli-belah ekstravaganza oleh Lazada.