Carian
Tempah 6 Penginapan Airbnb Ini Pada Harga Hanya RM60 – Tawaran Terhad Pada 16 September 2023
September 6, 2023 Lina Rosli

Hari Malaysia merupakan peluang untuk berkumpul bersama orang tersayang bagi bersama-sama meraikan kegemilangan negara tercinta. Dan Airbnb komited dalam menggalakkan semua orang untuk meneroka semula keunikan Malaysia, dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bersempena Hari Malaysia ke-60, Airbnb menawarkan kepada rakyat Malaysia promosi untuk menikmati Penginapan Airbnb yang unik di seluruh negara pada harga RM60 sahaja.

Dari pantai berpasir di Kelantan hinggalah Tapak Warisan Dunia di Melaka, berikut adalah koleksi rumah percutian yang meraikan beberapa destinasi yang terindah di Malaysia. Semua Penginapan Airbnb ini tersedia pada harga RM60 sahaja untuk penginapan satu malam pada 16 September dan boleh ditempah mulai hari ini.

  1. Three Bedroom Sera Villa, Pahang 
  2. STAY @ Marina Island Pangkor  Lumut,  Perak
  3. Serene Willow Beach, Kelantan
  4. Teratak Sekuchi, Terengganu
  5. Kampung House Berhampiran Rumah Teh, ATV & Ladang Teh, Cameron Highlands
  6. Rimba Jonker Dengan Kolam Renang Peribadi, Melaka

Menarik bukan? Selain 6 lokasi ini, terdapat pelbagai lagi jenis tempat penginapan yang boleh anda cari dan tempah pada masa kini untuk percutian anda. Tidak kira berapa bajet untuk perbelanjaan anda, anda tetap boleh mendapatkan tempat tidur yang selesa untuk anda berehat setelah penat mengembara dan melancong.

Harus diingatkan juga, disebabkan musim percutian ini akan ramai individu yang keluar untuk melancong, adalah disarankan untuk anda mengikut jadual atau waktu operasi sesebuah rumah tumpangan atau tempat penginapan tertentu.

Selain itu, sebagai pelanggan atau pengguna sesebuah bilik, anda di nasihatkan untuk menggunakan barangan yang disediakan secara berhemah. Elakkan daripada merosakkan harta benda di dalam tempat penginapan.

Untuk meneroka lebih banyak Penginapan yang menakjubkan, layari airbnb.com atau muat turun aplikasi Airbnb hari ini.

Komen