Carian
Pesan McD Happy Meals Dan Dapatkan Koleksi Mainan Edisi Terhad Hasbro – Ditawarkan Sehingga 27 September
September 6, 2023 Lina Rosli

Kumpul koleksi permainan eksklusif Hasbro kegemaran anda dengan hanya melalukan pembelian Happy Meal di McDonald’s bermula hari ini sehingga 27 September 2023.

Berdasarkan perkongsian McDonald’s, kesemua mainan McD Happy Meals X Hasbro ini akan ditawarkan berbeza-beza mengikut minggu. Jadinya, anda berpeluang untuk mendapatkan dan mengumpul alat permainan yang anda gemari dengan lebih mudah.

Untuk mendapatkannya, berikut adalah jadual penawaran koleksi eksklusif 8 mainan Hasbro yang boleh anda kumpul:

  • 31 Ogos – 6 Sept: Jenga | Twister
  • 7 – 13 Sept: Guess Who? | Connect 4
  • 14 – 20 Sept: Monopoly | Battleship
  • 21 – 27 Sept: Operation | The Game of Life Junior

Bagi anda yang berminat, mainan Hasbro untuk set Happy Meals dari McDonald’s ini boleh didapati melalui pembelian di kedai fizikal, pandu lalu atau pesanan di McDelivery sahaja.

Komen