Carian
Teko Termahal Di Dunia Bernilai Sekitar RM14 Juta – Dihiasi Berlian Dan Menggunakan Gading Mammoth Sebagai Pemegang Teko
September 6, 2023 Lina Rosli

Baru-baru ini, World Guinness Records telah merekodkan satu barangan yang paling berharga di dunia iaitu teko teh yang dihiasi dengan berlian di sekelilingnya.

Teko teh ini merupakan teko termahal di dunia yang bernilai US$3 juta iaitu sekitar RM14 juta. Untuk pengetahuan anda, teko berlian ini dimiliki oleh Yayasan N Sethia (UK), sebuah badan amal yang menyokong penyelidikan perubatan, seni, aktiviti belia dan bantuan bencana.

Berdasarkan perkongisan, susunan berlian di sekeliling teko ini merupakan 100% dilakukan menggunakan tangan. Ia adalah buatan tangan tukang emas yang berasal dari Itali yang bernama Fulvio Scavia.

Teko ini diperbuat daripada emas kuning 18 karat dan perak bersalut emas. Untuk berlian pula, ia dipotong menutupi seluruh badan teko selain turut meletakkan delima 6.67 karat di bahagian tengah teko sebagai titik fokus yang cantik.

Pemegang teko ini diperbuat daripada gading fosil seekor mammoth, yang merupakan haiwan mamalia seperti gajah yang telah pupus beribu-ribu tahun dahulu.

Buat masa ini, teko ini disimpan secara persendirian di rumah pemiliknya yang terletak di London. Untuk pengetahuan anda, pemilik teko ini merupakan Pengerusi dan Pengarah Pengurusan Newby Teas iaitu Nirmal Sethia. Beliau juga adalah pengumpul aksesori teh yang unik dan klasik menerusi koleksi Chitra.

Komen