Carian
Koleksi Baharu Love, Bonito Menampilkan Gaya Musim Luruh Yang Sesuai Untuk Musim Malaysia
September 7, 2023 Lina Rosli

Untuk Malaysia, kita tidak terlalu terikat dengan fesyen mengikut musim seperti di kebanyakan negara yang lain yang mempunyai 4 musim berbeza.

Namun, ini semestinya tidak menghalang untuk anda kekal bergaya seperti masyarakat di negara lain. Ini kerana, Love, Bonito telah hadir dengan koleksi fesyen baharu yang sesuai untuk musim di Malaysia.

Menurut Love, Bonito, menerusi pengenalan koleksi ini, anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan pakaian asas serba guna, helaian tambahan dan juga pakaian luar. Tambah jenama itu lagi, setiap bahagian pakaian telah direka dengan teliti bagi memudahkan anda bereksperimen dengan lapisan pakaian yang boleh digabung-padan sempena kemeriahan musim luruh. 

Antara koleksi yang ditampilkan kali ini termasuklah Wyatt Cotton Oversized Button Down Shirt yang berwarna terang dan kemudian digabungkan dengan Vida Denim Barrel Jeans yang longgar yang akan menawarkan keselesaan dan fleksibiliti tanpa had sepanjang hari.

Untuk hari yang penuh dengan berjalan, anda boleh menggunakan denim Xavia Denim Straight Leg Pants atau Bradie Denim Flare Jeans. Seterusnya, lengkapkan penampilan anda dengan Kolin Relaxed Tweed Vest dalam warna hijau sage moden atau padankannya dengan Gerty Tailored Tie Back Blazer yang boleh dipakai dengan pelbagai cara.

Anda juga boleh mendapatkan set pakaian kerja yang menampilkan imej yang kelihatan profesional dan bergaya. Almita Asymmetric Button Down Vest yang mempunyai reka bentuk depan asimetri leher-V klasik, pakaian ini sesuai digayakan ketika anda ingin melakukan pembentangan atau menghadiri mesyuarat. Monday blues juga tidak wujud dalam dunia kami dengan warna-warna merah jambu muda dan putih kuning bertih jagung yang merangsang mood!

Sekiranya anda ingin tampil dengan pelbagai gaya yang lebih minimalis dan serba-boleh, Evita Fitted Knit Top dan Issie Knit Column Midi Dress Knit direka untuk penggunaan pada bila-bila masa selain sesuai untuk anda yang lasak dan banyak bergerak.

Bagi anda yang berminat, koleksi September Love, Bonito dijual pada harga dari RM105 dan dijual secara atas-talian sejak 4 September 2023.

Komen