Carian
Tesla Hadir Dengan Sudu Khas Untuk McD McFlurry – Dinamakan Sebagai Cyber Spoon
September 7, 2023 Lina Rosli

Sebelum ini, Tesla China telah hadir dengan penawaran “Cybertruck” untuk kucing di rumah. Ia merupakan tempat duduk kucing yang diperbuat daripada kadbod yang boleh menahan berat kucing sehingga 15 kilogram. Saiz Cybertruck ini adalah sebesar 56x41x25 cm.

Pada September 2023 ini pula, Tesla China sekali lagi hadir dengan penawaran baharu iaitu Cyber Spoon. Bukan sudu biasa, Cyber Spoon ini adalah sudu khas yang digunakan untuk menyenduk aiskrim McFlurry.

Berdasarkan perkongsian akaun Xiaohongshu McDonald’s China, penawaran Cyber Spoon ini adalah terhad iaitu sebanyak 50,000 unit pengeluaran sahaja.

Untuk setiap sudu ini juga, ia akan didatangkan sekali dengan satu tempat penyimpan sudu berbentuk silinder yang berwarna sama dengan warna sudu Tesla iaitu warna perak yang sedikit gelap. Pada kedua-dua sudu dan bekas penyimpan sudu berkenaan, ia menampilkan tipografi ringkas ‘Don’t Panic’ dan juga ‘Cyber Spoon’.

Sementara untuk harga pula, sudu edisi terhad Cyber Spoon ini, ia boleh didapati pada harga $4 yang mana jualannya hanya dilakukan untuk pasaran China sahaja bermula 6 hingga 26 September 2023.

Komen