50% Lelaki Berumur 50 Tahun Ke Atas Alami Masalah Keguguran Rambut – 50 Megume Men Menampilkan Produk Bagi Atasi Masalah Ini

September 8, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Menurut laporan terkini, seramai  50% lelaki berumur 50 tahun ke atas mengalami masalah keguguran rambut.

Selain itu, juga terdapat peningkatan dari segi jumlah kes lelaki yang mula mengalami masalah ramut gugur pada usia yang muda. Lebih membimbangkan lagi, 25% mengakui masalah keguguran rambut telah memberikan impak ketara kepada keyakinan diri mereka, sekali gus menjejaskan perhubungan dan kerjaya mereka sebelum mencapai umur 21 tahun.

Menyedari betapa penting isu ini, 50 Megumi telah memperkenalkan rangkaian produk 50 Megumi Men baharu yang khas diformulasi untuk menangani keguguran rambut di kalangan kaum lelaki.

50 Megumi merupakan jenama penyelesaian keguguran rambut yang terkemuka di Jepun dengan lebih 10 juta produk terjual di seluruh dunia.

Berbekalkan kepakaran jenama tersebut dalam keguguran rambut, rangkaian baharu ini menampilkan dua produk syampu dan satu esen rawatan rambut yang direka khas untuk:

  • menyuburkan kulit kepala
  • meningkatkan pengaliran darah
  • menguatkan akar rambut
  • merangsang pertumbuhan rambut
  • memberi pengalaman yang menyegarkan

Menurut 50 Megumi Men, keguguran rambut bukan sahaja menjejaskan paras rupa kita, malah ia turut mengubah persepsi kita terhadap diri sendiri dan identiti kita. Ini dapat mengundang keresahan dan kemurungan, khususnya di kalangan lelaki yang bergelut dengan impak sosial dan emosi akibat keguguran rambut.

Tambah jenama itu lagi, dengan penggunaan harian yang konsisten, pengguna boleh mencapai pengurangan keguguran rambut sebanyak 45% dalam tempoh empat bulan. Sebotol esen dapat bertahan sehingga 40 hari jika digunakan sebanyak 2 kali sehari, menjadikannya satu penyelesaian yang mudah dan menjimat kos untuk pengurusan keguguran rambut di kalangan lelaki.

Apakah Faktor Keguguran Rambut Dalam Kalangan Lelaki?

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan keguguran rambut pramatang di kalangan kaum lelaki. Walaupun sebahagiannya adalah genetik, namun ada juga faktor-faktor lain yang berkait rapat dengan gaya hidup dan tabiat kita, seperti tekanan, tidur, senaman serta tabiat pemakanan.

Dengan mengetahui faktor-faktor ini, ia secara tidak langsung akan membantu anda mengetahui cara pengendalian rambut gugur secara berkesan turut memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan rambut yang sihat dan lebat.

Selari dengan itu, 50 Megumi Men menawarkan 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Treatment Essence. Ia membantu merangsang folikel rambut, meningkatkan kesihatan keseluruhan kulit kepala, dan mewujudkan persekitaran yang optimum untuk rambut yang sihat.

Rangkaian 50 Megumi Men juga menampilkan dua pilihan syampu, iaitu 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Shampoo Fresh dan 50 Megumi Men Anti-Hair Loss & Scalp Care Shampoo. 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Shampoo Fresh membersihkan kulit kepala dan rambut dengan wangian pudina menyegarkan bagi menghilangkan minyak rambut berlebihan dan memberi kesegaran kepada akar rambut.

Sementara 50 Megumi Men Anti-Hair Loss & Scalp Care Shampoo pula mengandungi Hinokitiol, bahan anti-kelemumur berasaskan tumbuhan yang dapat menangani  kelemumur secara berkesan.

Bagi yang berminat, rangkaian 50 Megumi Men baharu kini boleh didapati di cawangan-cawangan peruncit terpilih di seluruh negara, termasuk Guardian dan platform atas talian iaitu Shopee, Lazada. Rangkaian baharu itu berada dalam julat harga dari RM50 hingga RM150.

Untuk maklumat lanjut tentang 50 Megumi, sila layari https://50megumi.com.my/.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd