Kampung Buatan Malaysia Oleh ZUS Coffee – Apa Yang Boleh Anda Terokai Di Sana?
Lina Rosli
Jangan ketinggalan untuk terokai pelbagai penawaran dan aktiviti menarik di Kampung Buatan Malaysia ZUS Coffee yang diadakan di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur pada 9 September 2023.
Pengenalan Kampung Buatan Malaysia ini adalah selari dengan komitmen ZUS Coffee dalam membawa jenama-jenama tempatan untuk terbang tinggi ke persada dunia.
Bersama-sama dengan ZUS Coffee, terdapat beberapa lagi jenama yang turut serta untuk membuktikan bahawa jenama dan produk Buatan Malaysia adalah jenama yang cukup hebat sama seperti jenama antarabangsa.

Antaranya adalah Farm Fresh, Inside Scoop, Julie’s, SYOK dan BOH. Tidak ketinggalan juga, ada sekitar 23 jenama tempatan yang akan tampil dalam mempromosikan fesyen, tatarias, barangan hiasan rumah dan banyak lagi boleh didapati di ruangan atas Kampung Buatan Malaysia.
Pengalaman Berkunjung Ke Kampung Buatan Malaysia ZUS Coffee
Sesampainya Tajria di Kampung Buatan Malaysia, kami menyaksikan papan tanda ikonik bagi Kampung Buatan Malaysia yang terletak pada bahagian luar Rumah Tangsi.
Bagi anda yang ingin berkunjung ke Ruma Tangsi ini, kawasan tempat kenderaan di sana agak terhad dan bagi memudahkan pergerakan anda, setiap pengunjung disarankan untuk meletakkan kenderaan di kawasan parkir Dataran Merdeka dengan bayaran tiket RM4 untuk 1 jam pertama.

Apabila anda masuk ke dalam Rumah Tangsi ini, anda boleh menikmati kemeriahan sambutan pembukaan Kampung Buatan Malaysia dengan cara mencuba pelbagai juadah enak dari Lorong Makan ZUS yang menggabungkan rasa tempatan dan antarabangsa.
Untuk pengunjung yang ingin mengenali lebih lagi tentang ZUS Coffee, jenama ini turut membawakan “ZUS Time Tunnel” yang akan menceritakan tentang perjalanan ZUS Coffee sebagai jenama tempatan dalam memberikan produk berkualiti tinggi kepada Malaysia.
Sebahagian daripada perjalanan ZUS Coffee itu ada diselitkan sokongan ZUS Coffee terhadap jenama tempatan lain melalui gabungan bahan dalam mencipta satu cawan kopi.

Seterusnya, ke checkpoint yang seterusnya, bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun 2023, ZUS Coffee telah mencipta hidangan kopi dan teh kegemaran rakyat Malaysia melalui produk baharu iaitu “Tarik Series”.
Pengunjung boleh merasakan dua pilihan minuman baharu iaitu ZUS Kopi Teh Tarik and ZUS Teh Tarik yang telah diperbaharui dengan kelembutan Velvet Crème. Ia merupakan satu gabungan rasa tempatan yang memfokuskan kepada penawaran minuman yang lemak manis yang mengikut citarasa rasa rakyat di Malaysia.
Kempen Buatan Malaysia juga mengetengahkan kolaborasi ZUS Coffee dengan BOH untuk “Tarik Series,”, dan juga kolaborasi dengan Inside Scoop untuk aiskrim edisi terhad yang diilhamkan oleh minuman ZUS Coffee. Kolaborasi ini menunjukkan kejayaan yang boleh dicapai apabila jenama Malaysia bersatu dan bekerjasama.

Sambil menikmati keindahan Kampung Buatan Malaysia, para pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan oleh artis-artis terkenal tempatan seperti Syamel, Kaka Azraff, dan Andi Bernadee. Acara ini juga bakal diserikan dengan persembahan warisan budaya Malaysia melalui tarian Muhibbah yang menggabungkan budaya dan kaum yang berbeza.

Bagi memperkasakan lagi konsep dan tema kempen ‘Buatan Malaysia’, ZUS Coffee telah menghasilkan video kempen yang bertajuk “ZUS Coffee On Trial: Buatan Malaysia?”. Dibintangi wajah-wajah ternama seperti pelawak Kavin Jay dan Ryan Howlett, Arieff Yong, serta jenama tempatan yang terkenal seperti Farm Fresh, Inside Scoop, BOH, dan Julie’s.
Dengan ini, semua dijemput untuk bersama-sama memeriahkan lagi Kampung Buatan Malaysia pada 9 September 2023. Mari bersama kita memartabatkan buatan Malaysia!