Telah diperkenalkan sejak tahun 2019, ZUS Coffee telah menjadi salah satu jenama kopi yang berkembang dengan pesat dan mendapat capaian luas dalam kalangan penggemar minuman di sekitar Malaysia.
Bermula dengan pembukaan cawangan pertama ZUS Coffee di Binjai 8 Condominium Kuala Lumpur, jenama ini telah berjaya membuka lebih 259 cawangan yang boleh diakses di kebanyakan negeri di seluruh negara.
Dan kini, menurut COO ZUS Coffee, Venon Tian, jenama ini menyasarkan untuk membuka rangkaian global mereka yang pertama di Manila, Filipina sekitar akhir September ini. Dengan perluasan ini, mereka menjangkakan untuk memperkenalkan keunikan minuman di Malaysia kepada lebih ramai individu di serata dunia.

Bagi yang tidak mengetahui, di kafe ZUS anda boleh mendapatkan lebih dari secawan kopi. Ini kerana jenama ini tidak hanya tertumpu kepada menu berasaskan kopi sahaja tetapi turut menawarkan hidangan pastri, minuman botol, minuman yang menggunakan produk berasaskan tumbuhan dan banyak lagi.
Selari dengan misi mereka iaitu menyampaikan kopi istimewa sebagai keperluan harian untuk semua nikmati, ZUS Coffee kini telah berjaya menyediakan dan menghantar sekitar 19 juta cawan minuman kepada 5 juta pelanggan yang turut dikenali sebagai ZUSsies.

Untuk pengetahuan anda, kopi yang dibancuh ZUS menggunakan biji yang diperoleh daripada Brazil FAF dan memanggangnya secara tempatan. Dengan ini, ia bukan hanya memudahkan mereka untuk mengawal kualiti dan titik harga untuk kopi, tetapi juga menjadikan kopi istimewa mampu milik untuk semua orang.
Bagi anda yang belum pernah mencuba kopi dari ZUS Coffee, mula lakukan pesanan hari ini sama ada pembelian terus di kedai fizikal ataupun secara atas-talian menerusi aplikasi ZUS Coffee, GrabFood, FoodPanda dan ShopeeFood.
Muat-turun: Aplikasi ZUS di App Store atau Play Store