QSR Trading Mengumumkan Akbar Tea Sebagai Jenama Minuman Pertama Di Dalam Senarai Produk Di Bawahnya

September 11, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

QSR Trading baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Akbar Tea, sebuah jenama teh premium, dalam senarai produk dan jualan di bawah syarikatnya yang juga merupakan jenama minuman pertama yang dibawa oleh QSR Trading.

Sebagai permulaan, Akbar tea menawarkan dua variasi teh hitam untuk pasaran tempatan iaitu Teh Hitam Merah & Putih dan Teh Hitam Emas. Selain itu, Akbar Tea juga turut hadir dengan penawaran teh lain kegemaran ramai iaitu Teh Hijau.

Bagi yang tidak mengetahui, Akbar Tea merupakan antara jenama teh yang menawarkan teh yang berkualiti. Jenama ini tampil dengan keunikan rasa yang tersendiri, yang pastinya memikat selera penggemar teh.

Dan kini, selepas memasuki 99 pasaran di seluruh dunia, Malaysia merupakan negara ke-100 yang boleh menikmati barisan teh berkualiti dari Akbar Tea.

Bermula 12 September 2023, para penggemar teh boleh mendapatkan seleksi Akbar Tea di rak pasaraya kecil dan besar terkemuka di seluruh negara. Mereka juga boleh melakukan pembelian melalui QSRT Mart secara atas talian.

Untuk memenuhi keperluan pengguna, anda boleh mendapatkan kedua-dua jenis teh dari Akbar Tea dalam dua saiz pek, iaitu 25 dan 100 pek uncang teh.

Peningkatan Pasaran Teh Hitam Dalam Kalangan pengguna

Menurut data responden dari Nielsen IQ, kategori teh hitam telah menunjukkan pertumbuhan nilai sebanyak 13.8% dan pertumbuhan volum sebanyak 7.5% setakat Tahun ke Tarikh Terkini (YTD) Mac 2023.

Sehubungan itu, QSR Trading mahu menyasarkan pencapaian menerusi segmen yang sedang berkembang ini dengan menawarkan kualiti teh premium pada harga berpatutan, selain menawarkan kepelbagaian pilihan yang menarik untuk penggemar teh.

Akbar Tea dihasilkan di satu-satunya kilang carbon-inset di dunia, dalam masa yang sama membantu meningkatkan kemampuan tenaga boleh diperbaharui di Sri Lanka dan serantaunya. Manakala kesemua produknya dikilangkan oleh Akbar Brothers (PVT) LTD, perintis dalam industri teh yang telah wujud sejak tahun 1969.

Akbar Tea adalah legasi kekayaan warisan dan sejarah keluarga pengasasnya, yang telah mengukir jenamanya di dalam industri teh selama lebih 100 tahun.

Harga produk Akbar Tea di Malaysia boleh didapati pada harga bermula dari RM4.60 hingga RM5.55 untuk pek 25 uncang teh dan RM12.60 hingga RM18.55 untuk pek 100 uncang teh, membolehkan penggemar teh di negara ini merasai keunikan rasa Akbar Tea.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd