Carian
Siri Starbucks “Relive the Magic Together” Menampilkan Botol Minuman Vintaj – Kolaborai Bersama Disney
September 12, 2023 Lina Rosli

Starbucks dengan kerjasama The Walt Disney Company Southeast Asia hadir dengan rangkaian barangan eksklusif berinspirasikan watak-watak dalam animasi Disney menerusi siri “Relive the Magic Together”.

Penampilan barangan eksklusif ini bukan sahaja bergaya tetapi juga membawa anda imbas kembali nostalgia dan kenangan gembira yang dikongsi semua peringkat umur bersama Disney.

Antara watak-watak Disney yang ditampilkan termasuklah Mickey and Friends, Chip ‘n Dale, Dumbo, Stitch dan Angel.

Menerusi siri Starbucks “Relive the Magic Together” juga, Starbucks dilihat hadir dengan rekaan pada botol yang mengetengahkan elemen vintaj, sesuai dengan konsepnya yang ingin mengimbas kembali kenangan lama bersama Disney.

Bermula 19 September untuk masa yang terhad, koleksi nostalgia Disney X Starbucks ini akan dilancarkan di seluruh Malaysia. Ia terdiri daripada 15 reka bentuk minuman berbeza dan enam aksesori gaya hidup.

Rangkaian peralatan minuman menampilkan mug, cawan boleh guna semula dan gelas – sesuai untuk mereka yang ingin menikmati minuman Starbucks kegemaran mereka, di tempat kerja atau di rumah.

Bagi yang berminat, koleksi bertema baharu akan tersedia di semua kedai Starbucks di seluruh Malaysia sementara bekalan masih ada bermula minggu selepas Hari Malaysia.

Sekiranya anda ingin mendapatkan koleksi ini lebih awal, penggemar Disney dan Starbucks boleh berkunjung ke Starbucks Reserve Mid Valley Megamall pada 17 September 2023, mulai jam 1 petang dan seterusnya. Pra-jualan itu akan menawarkan dua tawaran bundle berharga RM680, sementara stok masih ada.

Komen