Dettol dengan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan dan meraikan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan dan kebersihan.

Ini disebabkan tabiat kebersihan yang diamalkan semasa pandemik COVID-19 telah mula merosot secara mendadak sekaligus menyebabkan penyakit berjangkit telah berkembang dan menjadi lebih mudah tersebar.

Menurut Dettol dan KKM, mereka dilihat komited dalam memberikan penyelesaian perlindungan yang lebih baik kepada individu serta keluarga dengan cara mengingatkan orang awam tentang kepentingan tabiat kebersihan yang berkesan dalam mencegah penyebaran patogen berbahaya bagi terus mengurangkan beban penyakit.

Inisiatif BMSS ini akan berlangsung sepanjang bulan September 2023, bermula dengan karnival yang menyediakan aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk menyebarkan maklumat kebersihan yang mudah difahami kepada orang awam.

Acara ini juga menandakan pelancaran Jerayawara Sekolah BMSS yang bertujuan untuk menggalakkan tabiat kebersihan yang lebih baik di kalangan pelajar di seluruh Malaysia. Dirasmikan dengan ucapan berwawasan oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan, dan YB Tuan Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, acara bersejarah ini menekankan komitmen kedua-dua Kementerian dalam meningkatkan amalan kebersihan dan membangunkan pendidikan kesihatan di seluruh negara.

Bagi meningkatkan kesedaran serta menarik lebih ramai peserta, Dettol mendirikan sebuah gerai interaktif untuk mempromosikan tabiat kebersihan yang lebih baik dan menekankan kepentingan melindungi komuniti dengan menggunakan produk antibakteria. Penjelasan mengenai keberkesanan produk perlindungan kuman Dettol dan langkah-langkah penggunaan yang ideal turut didemonstrasikan semasa sesi tersebut.

Kolaborasi ini menyokong program Madani Afiat oleh Kementerian Kesihatan, satu inisiatif berwawasan yang bertujuan meningkatkan piawaian kesihatan awam dengan memupuk pendekatan holistik serta berorientasikan pendidikan berkaitan kesejahteraan.