Carian
Fenty Beauty Memperkenalkan Eaze Drop Blur + Smooth Tint Stick – Untuk Solekan Ringan
September 14, 2023 Lina Rosli

Sebelum ini, Fenty Beauty telahpun hadir dengan bedak asas mereka untuk hasil solekan yang hampir sempuna menerusi produk Eaze Drop Blurring Skin Tint.

Dan untuk variasi kali ini, Fenty tampil dengan produk yang telah diformulakan dengan sempurna bagi memudahkan si pemakai untuk menggunakannnya di dalam apa jua keadaan iaitu Eaze Drop Blur + Smooth Tint Stick.

Seperti kebanyakan produk bedak asas Fenty Beauty yang lain, untuk Eaze Drop Blur + Smooth Tint Stick, variasi ini dihadirkan dalam 20 pilihan warna berbeza, yang mana ia boleh disesuaikan mengikut warna kulit setiap individu.

Tidak sekadar itu, antara kelebihan penawaran Eaze Drop Blur + Smooth Tint Stick dari Fenty Beauty ini juga adalah memberikan kemasan kulit yang licin, bebas pori, menjadi lebih bersinar selain menawarkan pilihan liputan yang ringan hingga penuh yang bergantung kepada keperluan kulit anda.

Jadi, bagi anda yang meminati untuk mencuba Eaze Drop Blur + Smooth Tint Stick dari Fenty Beauty, ini adalah masanya! 

Produk ini sesuai untuk pelbagai jenis dan warna kulit selain mudah untuk diaplikasikan. Malahan, ia juga memberikan kesan yang unik pada kulit iaitu meratakan dan menghilangkan warna kulit yang tidak sekata serta memberikan kesan kabur yang memikat.

Selain itu juga, Eaze Drop dilengkapi dengan bahan kompleks QuickBlur yang menghidratkan dan sangat sesuai untuk penampilan solekan yang kelihatan lebih semula jadi. Ia mempunyai tekstur halus yang dilapisi dengan baik di atas pelembap Hydra Vizor Fenty Skin dengan SPF.

Dapatkan Eaze Drop Blur + Smooth Tint Stick pada harga RM170 setiap satu di kedai atas talian Sephora bermula 17 September 2023.

Komen