Pada tahun 2020 yang lalu, UNIQLO telahpun mengumumkan pembukaan kedai kendiri yang pertama mereka di Bandar Sri Damansara.

Dan 3 tahun kemudian, jenama ini nampaknya menambah dua lagi cawangan baharu untuk kedai kendiri ini atau lebih dikenali sebagai Roadside Store di Limbongan, Melaka dan juga Rawang, Selangor.

Menerusi pengenalan ini, anda tidak lagi perlu berkunjung ke pusat membeli-belah atau pasaraya berdekatan untuk mendapatkan barang dan item fesyen dari UNIQLO. Hal ini kerana, UNIQLO kini hadir dengan pusat fesyen tepi jalan yang memfokuskan kepada gaya Jepun untuk akses umum.

Bersempena pembukaan pusat membeli-belah kendiri ini juga, UNIQLO Rawang menawarkan promosi istimewa selama 7 hari bermula 15 hingga 21 September 2023.

Untuk 500 pelanggan pertama yang mengunjungi ke kedai setiap hari akan menerima satu cawan kopi cold brew selagi stok masih ada. Selain itu, anda juga boleh menebus UNIQLO Tumbler dan Sometime Crossbody Bag (UNIQLO Edition) untuk pembelian barangan minima RM300 dalam satu resit bermula 15 hingga 17 September 2023.

Bagi yang ingin mendapatkan segala kelengkapan fesyen untuk setiap ahli keluarga, jangan lupa untuk mengunjungi Kedai Kendiri Uniqlo di Rawang bermula hari ini!

Alamat: City, 1, Persiaran Anggun, Taman Anggun, 48000 Rawang, Selangor