Carian
Elevete Patisserie Menerima Pensijilan Halal Dari JAKIM – Produk Kini Boleh Mula Didapatkan Cawangan AEON Terpilih
September 18, 2023 Lina Rosli

Elevete Patisserie, jenanama pencuci mulut tempatan yang menawarkan kek, makaron, brownies dan banyak lagi dengan bangganya mengumumkan pencapaiannya baru-baru ini dalam mendapatkan pensijilan Halal berprestij daripada JAKIM.

Menerusi pensijilan Halal ini, ia menunjukkan komitmen Elevete Patisserie dalam memastikan semua pencuci mulut mereka dihasilkan menggunakan bahan-bahan Halal sahaja. Dan dalam pada masa yang sama juga, pensijilan Halal menandakan bahawa setiap aspek pengeluaran makanan, termasuk pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran telah melalui penelitian yang rapi untuk memastikan keselamatannya.

Elevate Patisserie Akan Diperluaskan Ke Dalam Cawangan AEON dan Mula Ditawarkan Di Singapura

Selain diiktiraf Halal juga, Elevete Patisserie telah mencapai kemuncak kejayaan baharu. Jenama ini kini boleh didapati di cawangan AEON terpilih dan dijangka berkembang ke kebanyakan cawangan AEON menjelang Oktober 2023.

Mengambil pendekatan inovatifnya melangkaui sempadan tempatan, Elevete Patisserie juga telah mencapai kejayaan antarabangsa dengan penampilan sulungnya di Singapura.

Untuk meraikan kejayaan ini, jenama ini hadir dengan hidangan istimewa masa terhad. Gunakan kod promo BESTHALALDESSERTSINTOWN untuk diskaun 8% untuk pesanan anda di https://www.elevete.com.my/ yang masukkan kod promosi terhad sehingga 15 Oktober 2023.

Komen