SHEIN, platform beli-belah fesyen dan gaya hidup yang semakin mendapat nama dalam kalangan rakyat di Malaysia telah merevolusikan landskap fesyen tempatan dengan kedai pop-up pertama mereka di MyTOWN Kuala Lumpur.
Bermula dari 27 September 2023 hingga 2 Oktober 2023, anda boleh mendapatkan sekitar lebih 1,000 produk fesyen dan aksesori untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak yang merangkumi pelbagai gaya termasuk gaya untuk kasual, gaya pejabat, gaya sewaktu bersukan, gaya sewaktu musim panas dan gaya streetwear.
Di SHEIN, kepelbagaian diraikan yang mana bagi individu yang mempunyai saiz badan yang besar, jenama ini menampilkan siri Curve+ Plus yang menawarkan saiz sehingga 4XL bagi memastikan fesyen tidak mengenal sempadan.
Selain itu, pameran fesyen SHEIN di MyTOWN KL ini juga akan diperbaharui setiap hari, menjamin pengalaman membeli-belah yang lebih meluas.
Di acara pembukaan kedai pop-up SHEIN juga, mereka merancang untuk menyatukan peminat fesyen dengan pempengaruh fesyen di Malaysia, menerusi Hari SHEINfluencer. Sewaktu acara ini, anda boleh terokai arah aliran terkini dalam komuniti #SHEINfluencer menerusi ‘SHEINfluencer Picks,’ yang disusun dengan teliti para pempengaruh fesyen di Malaysia.
Sertai SHEIN dalam meraikan kuasa fesyen, keajaiban kepelbagaian, dan perjalanan ekspresi diri. Layari laman web rasmi SHEIN untuk turut mengetahui apa yang tersedia untuk anda sepanjang pembukaan kedai pop-up SHEIN Di MyTOWN KL pada 27 September hingga 2 Oktober 2023.