Carian
MINILAND Amazing Malaysia Dibuka Di LEGOLAND – Dihasilkan Menggunakan Lebih 1.38 Juta LEGO Bricks
September 18, 2023 Lina Rosli

LEGOLAND Malaysia Resort baru-baru ini telah memperkenalkan pembukaan MINILAND Amazing Malaysia.

MINILAND Amazing Malaysia ini merupakan satu tarikan terbaharu di LEGOLAND yang mana kawasan ini telah dihasilkan menggunakan lebih 1.38 juta LEGO® Bricks.

Menurut LEGOLAND, pengenalan MINILAND Amazing Malaysia ini adalah selari dengan sambutan bulan Kebangsaan Malaysia pada tahun 2023 ini. Ia merupakan satu penghormatan yang ingin diketengahkan bagi memperlihatkan kekayaan warisan Malaysia dan bukti daya tahan industri pelancongan negara.

Dilancarkan pada 14 September 2023, MINILAND Amazing Malaysia menjemput para pengunjung untuk memulakan perjalanan yang menawan dengan menerokai sekitar 126 model LEGO yang direka dengan teliti, masing-masing mewakili aspek unik dari pelbagai permaidani negara.

MINILAND Amazing Malaysia ini dibahagikan kepada bahagian iaitu Malaysia Timur, Malaysia Barat dan Laut China Selatan, tanah ajaib LEGO ini menampilkan saiz ruang seluas 381 meter persegi ini menjanjikan pengalaman mengasyikkan yang melangkaui generasi.

Kubu A’Famosa, Batu Caves di MINILAND Amazing Malaysia

Antara mercu tanda terkenal Malaysia dalam bentuk LEGO, termasuklah kubu A’Famosa, Jonker Walk, Batu Caves, Pasar Siti Khadijah, Sepilok Orang Utan Rehab Centre dan banyak lagi.

Selain itu, para pengunjung juga boleh menonton pertunjukan wayang kulit dengan boneka epik dan melodi tradisional, merasai keseronokan Perlumbaan Bot Penambang di Sungai Sarawak yang sibuk, dan menyaksikan penampilan beca ikonik Melaka yang dihiasi dengan lampu berkelip dan muzik yang meriah semasa mereka berarak.

Untuk pengetahuan anda, penciptaan dan pembinaan MINILAND Amazing Malaysia secara keseluruhan telah mengambil masa lebih 14,000 jam. Setiap monumen LEGO direka dengan teliti dan dibina di sini di Malaysia, di bawah tangan mahir Pembina Model LEGO Malaysia.

Bagi memeriahkan lagi MINILAND Amazing Malaysia, jangan lupa untuk berkunjung ke LEGOLAND Resort Malaysia bermula hari ini dan terokai keindahan dan kepelbagaian Malaysia beramai-ramai.

Komen