Revo Foods Menampilkan Salmon Vegan Yang Dihasilkan Menggunakan Mesin Cetak 3D – Boleh Dimasak Dan Dimakan

September 19, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Baru-baru ini, sebuah syarikat permula makanan yang berpangkalan di Vienna, Revo Foods, telah hadir dengan satu produk makanan baharu yang memfokuskan vegan iaitu THE FILLET.

Untuk pengetahuan anda, THE FILLET merupakan ikan salmon yang dihasilkan menggunakan mesin cetak 3D yang mana salmon ini mengandungi bahan tanpa daging selain turut merupakan filet ikan 100% vegan yang pertama pernah ditawarkan kepada umum.

Menurut Revo Foods, THE FILLET ini mempunyai protein dan nutrien yang hampir sama dengan ikan sebenar. Hal ini kerana, Revo menggunakan teknologi penyemperitannya sendiri, yang membolehkan pencetak 3D menyepadukan lemak ke dalam matriks protein berserabut.

THE FILLET ini juga dilengkapi 100% mikoprotein (mykoprotein) iaitu protein berasaskan kulat bagi mendapatkan tekstur yang tulen seperti daging. Bahan-bahan lain di dalam THE FILLET termasuklah minyak algae, omega-3, kesemua 9 asid amino penting, dan Vitamin A, B2, B3, B6, B12, dan D2.

Setakat ini, THE FILET ditawarkan di pasaran Eropah sahaja. Namun, anda boleh mendapatkannya melalui pembelian atas-talian di kedai web Revo Foods mulai 1 Oktober 2023.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd