Carian
Chatime Melancarkan Siri Kopi Di Dalam Senarai Menu – Dijenamakan Sebagai Cofitime
September 20, 2023 Lina Rosli

Khusus buat anda yang menggemari jenama Chatime dan juga kopi, inilah masanya untuk anda mendapatkan dan menikmati siri minuman terbaru dari jenama teh mutiara kegemaran ramai iaitu siri kopi.

Dijenamakan sebagai Cofitime, menerusi siri ini anda boleh memilih pelbagai pilihan kopi yang menarik termasuklah:

  • Sea Salt Butterscotch Latte
  • Campfire Coffee
  • Salted Caramel Latte
  • Classic Latte
  • Seasalt Latte
  • Nutty Latte

Berdasarkan perkongsian di media sosial Chatime, kesemua minuman kopi ini ditawarkan di kesemua rangkaian Chatime berdekatan anda. Ia juga menampilkan pilihan panas dan sejuk bergantung kepada citarasa anda.

Untuk pengetahuan anda juga, Cofitime by Chatime ini mula ditawarkan sejak Ogos 2023 yang lepas. Dengan pengenalan siri kopi ini, nampaknya Chatime kekal komited dalam memastikan penawaran mereka menjadi lebih meluas untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Nama ‘Cofitime’ juga digunakan bagi mengekalkan identiti asal Chatime yang menggabungkan nama minuman ‘Teh’ atau ‘Cha’ dengan perkataan ‘Time’. Manakala untuk penawaran kopi pula, mereka menggunakan perkataan ‘Cofi’ dan ‘Time’ yang merujuk kepada masa untuk kopi!

Komen