Singapura Adalah Destinasi Antarabangsa Paling Popular Dalam Kalangan Rakyat Malaysia
Lina Rosli
Meraikan kegembiraan para pelancong untuk terbang ke destinasi pilihan masing-masing, platform pelancongan digital Agoda berkongsi destinasi pilihan penerbangan tempatan dan antarabangsa bagi tahun 2023 setakat ini.
Di Malaysia, Singapura muncul sebagai destinasi antarabangsa paling popular dan Kuala Lumpur bergelar destinasi pelancongan tempatan utama. Sementara, Bangkok dan Jakarta pula berada di tangga kedua dan ketiga untuk destinasi penerbangan antarabangsa pilihan rakyat Malaysia, menurut data Agoda.

Berdasarkan data tempahan Agoda juga, empat daripada lima destinasi penerbangan antarabangsa paling popular terletak di Asia Tenggara, dengan Bangkok menduduki tempat pertama. Ini diikuti oleh Singapura yang berada di tangga kedua, Bandar Ho Chi Minh, Vietnam di tangga keempat, dan ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur di tangga kelima yang juga mewakili Asia Tenggara.

Seoul, Korea Selatan memecahkan lima destinasi paling popular, dengan menduduki tempat ketiga destinasi penerbangan antarabangsa paling popular.
Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada populariti bandar-bandar Asia Tenggara ini seperti:
- Banda yang sarat dengan budaya dan sejarah
- Latar kulinari yang menakjubkan
- Kehidupan malam serba unik
Dapatan pasaran Malaysia menunjukkan bahawa selepas Kuala Lumpur, destinasi lain yang paling popular di Malaysia adalah Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching.