Carian
ZUSxPepsiONE Menggabungkan Kopi Bersama Pepsi Di Dalam Satu Minuman
September 25, 2023 Lina Rosli

Pernahkah anda mencuba kopi yang digabungkan bersama minuman berkarbonat Pepsi di dalam satu hidangan? Jika belum, inilah masanya untuk anda mula mencuba.

ZUSxPepsiONE menggabungkan dua jenama minuman yang menjadi kegemaran ramai. Di dalam siri ini, ZUS Coffee bersama dengan Pepsi menampilkan dua pilihan minuman yang boleh anda cuba iaitu Pepsi Sour dan Pepsi Cloud.

Berdasarkan perkongsian ZUS Coffee, untuk Pepsi Sour, ia menampilkan rasa sitrus yang sedikit masam jika dibandingkan dengan Pepsi Cloud pula hadir dengan tekstur yang ringan dan lebih berkrim pada hidangan itu.

Bagi anda yang ingin mencubanya, jangan ketinggalan untuk mencuba dan memesan ZUSxPepsiONE bermula hari ini di rangkaian ZUS Coffee berdekatan anda.

Komen