Carian
Tourism Perak Menamakan Taiping Sebagai Rumah Spritzer – Jenama Air Ini Memiliki Tanah Hutan Hujan Seluas 400 Ekar
September 25, 2023 Lina Rosli

Tahukah anda bahawa Spritzer kini telah beroperasi selama 34 tahun di Taiping iaitu sejak tahun 1989? Kini, Tourism Perak juga telah mengesahkan bandar itu sebagai ‘Taiping, Rumah SPRITZER’, sebagai mengiktiraf dedikasi Spritzer terhadap masyarakat dan kelestarian.

Untuk pengetahuan anda juga, Taiping merupakan sebuah bandar yang dikenali sebagai tempat paling hujan di Semenanjung Malaysia. Dan Spritzer memiliki tebing tanah hutan hujan seluas 400 ekar di Taiping, yang berfungsi dalam mengekstrak air mineral yang kaya dengan silika daripada akuifer bawah tanah dan kemudiannya dibotolkan dengan standard tertinggi melalui teknologi canggih dan professional yang mahir.

Menurut Spritzer, mereka kini komited dalam melaksanakan inovasi meluas untuk produk mereka termasuk bahagian pembungkusan yang mesra alam, boleh dikitar semula sepenuhnya bermula dari penutup hingga ke label.

Pada tahun 2023 ini, Spritzer telah hadir dengan pelbagai teknologi terbaharu termasuklah pengenalan Sistem Penyimpanan dan Pengambilan Automatik, (“ASRS”). Dengan kehadiran teknologi seperti ini, Spritzer dijangka boleh beroperasi dengan lebih lancar dalam pelbagai keadaan semasa.

Bagi yang tidak mengetahui juga, pada tahun 2022, Spritzer telah memperkenalkan air mineral semula jadi yang kaya dengan silika. Kelebihan silika ini dikatakan membantu dalam memberi nutrien yang diperlukan tubuh termasuk untuk kecantikan luaran khusus buat para wanita.

Selain itu, rekaan botol air Spritzer turut mengalami transformasi yang mana jenama ini telah memperkenalkan rupa baru dan pembungkusan baru dengan tujuan baharu. Botol ikonik baharu yang menarik bukan sahaja membezakan Spritzer tetapi juga merangkumi komitmennya untuk menjadi jenama bulat sepenuhnya menjelang 2030. Botol ini diperbuat daripada 100% bahan kitar semula dan termasuk kandungan yang dikitar semula.

Bukan itu sahaja, Spritzer sedang mempertingkatkan pembungkusan produknya yang lain untuk memberikan penampilan yang lebih bergaya yang mengujakan pengguna.

Ini termasuk botol Sparkling baharu, label So Tinge, dan air mineral semula jadi yang kaya dengan silika tanpa label, yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan plastik sambil meminimumkan kesan alam sekitar.

Komen