Carian
Nescafe Edisi Mobile Legends Kembali – Kini Menawarkan Rekaan Eksklusif Untuk Pek Minuman 3-Dalam-1
September 27, 2023 Lina Rosli

Sebelum ini, Nescafe telahpun melakukan kolaborasi bersama Mobile Legends untuk minuman dalam tin yang menampilkan beberapa karakter popular seperti Badang, Brodir dan Valir yang mana ketiga-tiganya boleh didapati menerusi pembelian di stesen minyak.

Dengan penawaran yang pelbagai ini, ia bukan sahaja menarik perhatian lebih ramai penggemar kopi, malah turut memberikan pengalaman yang baharu kepada setiap individu.

Nampaknya kini, tidak hanya terhenti di situ, Nescafe telahpun memperluaskan lagi penawaran mereka dengan memperkenalkan bungkusan eksklusif untuk minuman 3-dalam-1 yang bakal menarik minat pemain permainan mudah alih Mobile Legends.

Menerusi kolaborasi ini, Nescafe dilihat hadir dengan 4 lagi karakter baharu yang dilampirkan pada pek bungkusan minuman mereka iaitu – Estes, Tigreal, Nana dan Gusion untuk minuman bancuh sendiri 3-in-1.

Tidak ketinggalan juga, Nescafe turut memperkenalkan minuman dalam tin edisi Mobile Legends yang baharu. Ia menampilkan 5 karakter lain iaitu Estes, Wan Wan, Fredrinn, Gusion dan Nana.

Menerusi perkongsian Nescafe, minuman eksklusif ini telahpun ditawarkan kepada umum sama ada pembelian terus di kedai fizikal yang terpilih ataupun anda juga boleh mendapatkannya secara atas talian di Shopee pada harga RM15 untuk pek 3-in-1 dan RM2.90 untuk minuman dalam tin.

Komen