Carian
Tinjauan Coway Dapati 78% Rakyat Malaysia Tidak Mendapat Rehat Secukupnya
October 2, 2023 Lina Rosli

Pada September 2023 yang lepas, Coway telah menganjurkan acara khas untuk media yang diadakan di Escape Bali, Subang Jaya. Di dalam acara ini, mereka membawa para ahli media dalam mendapatkan servis yang menghilangkan ketegangan, beristirehat dan mempelajari rahsia untuk mendapatkan tidur yang lena untuk malam yang lebih indah.

Menurut Coway, perlaksanaan acara khas ini adalah untuk mendedahkan kepada individu akan kepentingan ketenangan dan tidur nyenyak yang berkualiti.

Dalam pada itu, Coway turut mengadakan kempen Rest with Coway yang mencerminkan komitmen mereka ke atas kesejahteraan rakyat Malaysia. Kempen ini mengetengahkan tentang cabaran yang dibawa oleh kehidupan moden dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada keupayaan badan kita untuk berehat. 

Melalui produk Coway seperti kerusi urut, tilam, dan penghawa dingin, mereka berhasrat untuk menyediakan ruang untuk keselesaan dan ketenangan pada setiap rumah di Malaysia. Ini sekaligus memberikan individu tidur yang lebih lena dan peningkatan kesejahteraan yang lebih baik.

Tinjauan Coway Ke Atas Corak Rehat Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Bagi memperkukuhkan kempen ini, Coway telah menjalankan tinjauan untuk mendapatkan corak rehat dalam kalangan rakyat Malaysia serta faktor utama yang mempengaruhi rutin tidur mereka pada waktu malam. Hasil penemuan daripada tinjauan itu mendedahkan maklumat seperti:

  • 78% rakyat Malaysia tidak rehat secukupnya
  • 63% rakyat Malaysia tidur lebih lena dengan penghawa dingin
  • 62% rakyat Malaysia mudah terlelap apabila badan lebih tenang
  • 79% rakyat Malaysia memerlukan katil yang lebih selesa

Dengan komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia, Coway telah bekerjasama dengan barisan panel pakar untuk menyediakan panduan komprehensif bagi memahami konsep rehat dan ketenangan serta memupuk tabiat tidur yang lebih baik.

Kesihatan badan adalah faktor intrinsik yang amat mempengaruhi kualiti tidur pada waktu malam. Kesejahteraan fizikal memainkan peranan penting dalam pengawalan corak tidur kita. Senaman yang kerap, pemakanan seimbang, dan penghidratan yang betul akan bantu memperbaiki irama sirkadian badan dan menggalakkan kitaran tidur yang sihat dan konsisten.

Kepentingan Magnesium Untuk Tubuh Badan

Menurut Pakar Diet, Celeste Lau menekankan kepentingan pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium dalam diet kita. Ini kerana magnesium memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi badan, seperti operasi otot dan saraf, sintesis protein, glikolisis, dan kawalan tekanan darah.

Bukan itu sahaja, magnesium juga turut membantu dalam:

  • melakukan penukaran protein kepada bahan kimia yang menyebabkan rasa mengantuk
  • menggalakkan kelonggaran otot
  • mengekalkan tahap asid gamma aminobutirik (GABA)
  • bertindak sebagai pemancar saraf yang bertanggungjawab untuk memupuk ketenangan dalam tubuh

Untuk meningkatkan kualiti tidur anda, anda digalakkan untuk mengambil makanan dengan magnesium seperti walnut, badam, biji rami, ikan salmon dan makarel. Kuantiti pengambilan yang disyorkan adalah sekitar 100 hingga 350mg magnesium setiap hari.

Selain itu, elakkan daripada mengambil makanan berat pada waktu malam. Anda disyorkan untuk makan malam 2-3 jam sebelum waktu tidur anda.

Bagaimana Hendak Mendapat Rehat Yang Berkualiti?

Kesihatan mental juga berkait rapat dengan kualiti tidur. Faktor seperti kebimbangan, kemurungan, atau tekanan kronik boleh menyebabkan insomnia atau tidur yang kerap terganggu.

Berdasarkan penyataan Pakar Psikologi Klinikal, Michelle Chong, rehat itu bukanlah bermaksud ketiadaan aktiviti semata-mata; ia adalah satu tindakan secara sengaja untuk membantu diri kita sendiri — dari segi fizikal, mental dan emosi.

Rehat juga dicirikan oleh perasaan aman dan damai, selalunya disertai dengan rasa lega daripada tekanan, kebimbangan, ketegangan, atau keletihan.

Dari segi mental, ketenangan bermakna menenangkan fikiran, melepaskan kebimbangan, dan menerima rasa ketenangan mental. Anda disyorkan untuk belajar teknik yang betul untuk relaksasi seperti melakukan latihan pernafasan dalam dan kelonggaran otot secara progresif (PMR). Ini kerana ia menyediakan kaedah untuk meningkatkan kesedaran badan kita dan meredakan ketegangan otot, menumpukan perhatian kita untuk mencapai ‘ketenangan fizikal’.

Seterusnya, perlaksanaan aktiviti seperti meditasi dan menulis catatan boleh bantu kita bersihkan minda dan mengurangkan hormon tekanan, mewujudkan peralihan badan untuk tidur yang lebih lancar.

Dengan objektif mempromosikan pendekatan yang lebih holistik bagi mencapai kesejahteraan, kempen Rest with Coway ini bertujuan untuk memperkasakan individu dalam mengutamakan rehat, kesihatan dan kebahagiaan mereka dalam kehidupan seharian kerana Coway percaya bahawa setiap individu berhak memperoleh ruang di mana mereka benar-benar boleh berehat.

Coway juga komited untuk membantu orang ramai mencapainya. Anda boleh menemui lebih banyak cadangan dan nasihat untuk mencapai ketenangan di laman web Rest with Coway, www.restwithcoway.com.my.

Komen