Carian
Google Menampilkan Doodle Khas Sempena Ulang Tahun Yang Ke-25
September 27, 2023 Lina Rosli

Tanggal 27 September 2023, Google hari ini menampilkan sebuah doodle khusus bagi meraikan ulang tahun mereka yang ke-25 selepas ia pertama kali diperkenalkan ke arena internet.

Bagi anda yang tidak mengetahui, prototaip bagi enjin carian ini dibangunkan oleh Sergey Brin dan Larry Page pada tahun 1998. Dan kini, ia telah menjadi salah satu laman sehenti yang digunakan meluas, dengan berbilion carian dilakukan setiap hari.

Bukan sekadar enjin carian, Google juga menampilkan sejumlah perkhidmatan dibawah mereka, termasuk platform tontonan video YouTube, Google Maps, GMail dan banyak lagi.

Melihat pada doodle yang dipertontonkan di laman carian anda, ia menyaksikan animasi ilustrasi yang menunjukkan perubahan logo-logo ikonik ‘Google’ dari tahun ke tahun. Ini selari dengan misi mereka dalam menawarkan akses tidak kira untuk mencari, berhubung, bekerja, bermain dan banyak lagi.

Berikut pula adalah lakaran lain untuk doodle sempena Hari Lahir Doodle yang sebelum ini:

Komen