Carian
Jenama Pengeluar Pocky, Glico Malaysia Kini Menambah Produk Biskut Baharu Yang Dinamakan Pejoy
October 2, 2023 Lina Rosli

Glico Malaysia kini memperkenalkan penambahan terbaru kepada keluarga mereka, iaitu Pejoy – biskut dengan perisa Coklat Belgian dan perisa Susu Vanilla Hokkaido untuk semua.

Bagi yang tidak mengetahui, Pejoy adalah snek yang hadir dalam bentuk biskut batang dan diisi dengan krim pekat. Ia hadir dengan dua perisa premium iaitu coklat Belgian pekat, serta susu Vanilla Hokkaido yang lembut.

Pada biskut ini juga, Glico turut menyatakan yang mereka menggunakan 100% tepung gandum import untuk biskut mereka selain dicipta dengan sempurna melalui teknik-teknik permbakaran pakar.

Bersama-sama dengan pengenalan produk baharu ini, Glico telah meraikan ulang tahun ke-100 yang luar biasa sejak ia diperkenalkan pada tahun 1922. Oleh sebab itu, mereka telah memilih Malaysia sebagai negara ke-3 di Asia Tenggara selepas Filipina untuk menikmati perisa Pejoy yang lazat ini.

Perisa Coklat Belgian dan Susu Vanilla Hokkaido Pejoy kini boleh didapati di pasar raya utama seperti Aeon, Jaya Grocer, dan Village Grocer, serta di Shopee Malaysia.

Mulakan perjalanan yang mengasyikkan ini dengan #ReclaimYourCalm di mana anda boleh follow tanda pagar ini di media sosial untuk mengetahui sendiri bagaimana anda boleh menikmati momen peribadi ke tahap keseronokkan maksima.

Komen