Carian
Patek Philippe Memperlihatkan Jam Tangan Asimetri Di Sebuah Acara Jam – Dilengkapi Berlian 13.43 Karat Dan Kerangka Jam Emas Putih
October 3, 2023 Lina Rosli

Jenama jam mewah Patek Phillipe dilihat hadir dengan seutas jam tangan unik yang berbentuk asimetri. Berdasarkan perkongsian, jam tangan ini telah dihasilkan pada tahun 1990 untuk seorang pelanggan peribadi.

Dan apa yang menarik, jam tangan keluaran Patek Philippe ini dibangunkan dan dilengkapi dengan berlian 13.43 karat sebagai penutup dail yang menggantikan kristal nilam tradisional.

Menurut mereka juga, jam tangan ini dijangka menjadi satu-satunya jam tangan yang menampilkan berlian yang dipotong potret yang mana ia digunakan untuk meningkatkan dan melindungi dail.

Tambah Patek Philippe juga, jam tangan itu sendiri menggunakan berlian potongan potret ketiga terbesar yang pernah wujud. Oleh itu, pada tahun 1990, Patek meminta pembuat bekas Genevan terkenal, Atelier Réunis untuk menghasilkan bentuk sarung jam tangan di sekeliling berlian.

Hasilnya, reka bentuk yang dicipta menampilkan bentuk jam tangan estetik asimetri selain menggunakan kerangka jam emas putih 18 karat serta dail Stern Frères yang berwarna emas biru.

Bukan itu sahaja, jam tangan itu juga akan disertakan dengan salinan digital sijil asal yang bertarikh sejak 18 Januari 1994 dan ditandatangani oleh Philippe Stern, dengan menyatakan bahawa jam tangan itu adalah “Sekeping Unik”.

Di acara berkenaan, jam tangan Patek Philippe dengan nombor rujukan 3834/1 tersedia untuk pembidaan di Christies’ Watches Online: The Dubai Edition dari 9 hingga 19 Oktober.

Komen