Burger King Memperkenalkan 3 Menu Baharu – Garlic Mayo Whopper, Tendercrisp Dan Double Chick’N Crisp
Lina Rosli
Khusus buat penggemar hidangan dengan citarasa tempatan, Burger King hari ini telah melancarkan menu burger baharu yang unik dan lazat iaitu Garlic Mayo Whopper, Garlic Mayo Tendercrisp, dan Garlic Mayo Double Chick’N Crisp.
Berdasarkan perkongsian dari Burger King, untuk menu kali ini, mereka hadir dengan penawaran menu sedia ada yang telah divariasikan dengan menambah hirisan bawang putih goreng bersama-sama dengan sos unik Garlic Mayo.

Bagi yang berminat, berikut adalah senarai harga bagi menu berasaskan Garlic Mayo yang mana kesemua hidangan ini telah mula ditawarkan di kesemua rangkaian Burger King di seluruh Malaysia. Anda boleh lakukan pesanan sama ada melalui pembelian atas-talian ataupun terus di kedai fizikal:
- Garlic Mayo Whopper – RM19.40 (Ala Carte)
- Garlic Mayo Whopper Set Meal – RM23.90 (Set Medium), RM25.90 (Set Besar)
- Garlic Mayo Tendercrisp – RM19.40 (Ala Carte)
- Garlic Mayo Tendercrisp Set Meal – RM23.90 (Set Medium), RM25.90 (Set Besar)
- Garlic Mayo Double Chick’N Crisp Set Meal – RM22.50 (Set Medium), RM24.50 (Set Besar)
- Garlic Mayo Double Chick’N Crisp – RM18.00 (Ala Carte)