Baru-baru ini, seorang tukang kebun yang berasal dari Perancis, Gareth Griffin yang tinggal di Guernsey, telah memperlihatkan satu biji bawang besar dengan berat hampir sama dengan bola boling.
Menurut Guinness World Records, bawang yang diperlihatkan ini adalah bawang paling berat di dunia yang menampilkan berat mencecah 8.97 kg.
Untuk pengetahuan anda, berat bawang ini kira-kira 53 kali ganda berat bawang perang biasa dan lebih berat daripada bola boling besar, yang biasanya mempunyai berat 7.25 kg.
Menurut Griffin, hobi menanam sayur-sayuran ini sebenarnya telah dipupuk oleh bapanya sejak kecil. Dan hobi kasual Griffin ini menjadi lebih serius sekitar 13 tahun lalu selepas beliau menyaksikan rekod-rekod menarik yang dipersembahkan oleh para penanam sayur.
Selain daripada bawang gergasi, terdapat beberapa lagi sayur-sayuran lain yang mempunyai saiz yang unik juga termasuk timun paling berat di dunia (9.6kg) yang direkodkan pada tahun 1996, lada benggala gergasi (750g), ubi bit terpanjang (8.5m) dan lobak merah terpanjang (6,245 m).