Pernahkah anda berasa ngilu dan sakit pada bahagian gusi? Jika ya, berkemungkinan besar anda telah mendapatkan makanan-makanan yang berbahaya kepada gusi.
Secara umumnya, gusi bengkak ialah masalah biasa bagi ramai orang, dan disebabkan oleh pelbagai penyebab. Untuk mengetahui lebih lanjut, Tajria akan berkongsi kepada anda jenis-jenis makanan yang berbahaya untuk gusi.
Aiskrim Dan Gula-Gula
Bagi yang tidak mengetahui, gula tambahan dalam kebanyakan aiskrim atau gula-gula boleh mencetuskan pembebasan asid yang menghakis.
Di tambah lagi dengan suhu aiskrim yang berais, ia boleh merengsakan gusi lebih-lebih lagi apabila akar terdedah kepada sensasi panas dan sejuk. Oleh itu, cuba hadkan pengambilan aiskrim secara harian dan amalkan penggunaan cecair kumur yang bersesuaiandua kali sehari untuk meneutralkan paras keasidan dalam mulut anda.

Buah Tomato
Sama seperti diet yang banyak hidangan manis, diet yang sangat berasid juga merupakan pencetus kepada masalah gusi. Dan walaupun tomato sihat dalam banyak hal dan kaya dengan likopena antioksidan, yang dikaitkan dengan risiko strok yang lebih rendah, buah berair juga sangat berasid.
Disebabkan itu, makan makanan sedemikian sebenarnya menggalakkan pereputan. Jadi sekiranya anda memasak makanan berasaskan tomato, cuba gandingkannya dengan makanan lain yang meneutralkan asid seperti mozzarella, daging lembu atau ayam tanpa lemak, kacang, lentil atau tuna.

Buah Oren
Buah sitrus seperti oren, limau gedang, lemon dan buah sitrus lain tergolong dalam kategori berasid dan tinggi kandungan gula buah semulajadi, yang boleh merosakkan dan menghakis gigi dan gusi.
Walaupun kumpulan ini mengandungi nutrien vitamin C yang tinggi, terdapat banyak lagi cara lain yang boleh membantu anda mendapatkannya seperti mengambil makanan tambahan atau makan sayur-sayuran yang tinggi vitamin C tetapi rendah asid seperti brokoli, asparagus dan kacang ataupun buah-buahan rendah asid seperti tembikai, tembikai madu dan kiwi.

Roti
Roti putih, bersama-sama dengan makanan lain yang penuh dengan kanji yang diperbuat daripada tepung putih adalah pencetus kepada masalah gusi.
Kanji adalah karbohidrat ringkas yang mudah untuk terkumpul di sekitar mulut. Ini kerana kanji adalah gula yang boleh larut dan menjadi kuman mulut. Makanya, apabila makan terlalu kerap, ia akan menyebabkan kerosakan gigi yang menghasilkan asid.

Minuman Tenaga
Selain mengandungi gula yang tinggi, minuman tenaga juga boleh menghakis gusi dan menggalakkan kerosakan gigi, kerana ia juga mengandungi asid yang tinggi.
Kajian 2012 mendapati gusi dan gigi mudah untuk diserang oleh asid dalam minuman sukan atau tenaga ini sekiranya mengambilnya selama lima hari berturut-turut. Jika anda atau anak anda minum minuman sukan selepas sesi senaman, cuba untuk tukar pengambilan minuman ini kepada minuman dengan kandungan gula tambahan yang paling rendah atau dapatkan jenama lain yang lebih bersesuaian.