Sephora KLCC Kini Menampilkan Konsep Kedai Inovatif – Membenarkan Pembayaran Secara Mudah Alih Tanpa Perlu Beratur
Lina Rosli
Sephora telah mengumumkan pembukaan semula rangkaian kedai mereka di KLCC. Apa yang menarik di Sephora KLCC ini, mereka dilihat mula memperkenalkan konsep kedai yang tinggi dan maju ke hadapan untuk memberikan pengalaman kecantikan yang tiada tandingan kepada komuniti kecantikan.
Mengambil masa sekitar 4 bulan sejak Jun 2023, Sephora KLCC yang baru diubah suai yang mana kini menampilkan dan menggabungkan perkhidmatan inovatif seperti rawatan Perk by Hydrafacial, pengalaman solek yang diperibadikan dan perkhidmatan daftar keluar mudah alih.

Menurut Sephora, mereka kini telah menggantikan sistem daftar tunai konvensional sewaktu pembelian di kaunter kepada sistem pembayaran mudah alih. Dengan ini, pelanggan boleh menyelesaikan pembelian mereka dengan mudah dan pantas di mana-mana sahaja di kedai tanpa memerlukan pelanggan menunggu dalam barisan panjang.
Selain itu, jenama ini turut hadir dengan ruang khas untuk penjagaan kulit serba baharu untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kulit yang diperibadikan dan dipertingkatkan kepada pelanggan.

Ini termasuk penawaran Perk by Hydrafacial — rawatan muka yang menggabungkan pembersihan, pengelupasan, dan penghidratan secara serentak untuk kulit berseri dalam masa beberapa minit. Terdapat juga, aplikasi analisis kulit yang memanfaatkan teknologi pengimejan yang mengenal pasti kebimbangan kulit dan menyediakan cadangan agnostik jenama yang disasarkan untuk menanganinya.

Sephora Kini Menambah Jenama Baharu Di Rangkaian Kedai Mereka
Sempena sambutan pembukaan semula, Sephora mengemaskini senarai jenama yang tersedia secara eksklusif di Sephora KLCC termasuk Jo Loves, Atelier Versace, Mount Lai, dan Shu Uemura Makeup.
Sephora juga akan menempatkan pilihan-pilihan jenama terkenal, termasuk Sol de Janeiro, Kérastase, Aveda, Drybar, Chloé Atelier Des Fleurs, Bobbi Brown, Dermalogica, Augustinus Bader, SK-II, La Mer, Gucci Beauty, dan Innisfree.