Apa Itu Kopi Macchiato? Ketahui Jenis-Jenis Macchiato

October 11, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Jika anda perasan, terma ‘Macchiato’ ini sering kita nampak di kebanyakan menu di kedai kopi. Tetapi, apakah sebenarnya yang disediakan di dalam secawan kopi ini?

Secara tradisinya, terdapat dua jenis minuman macchiato. Pertama ialah macchiato biasa, yang biasanya dihidangkan dalam gelas tinggi dan dihiasi dengan buih susu dan yang kedua ialah espresso macchiato, yang dihidangkan dalam cawan kecil dan selalunya mempunyai topping buih susu atau seni latte.

Disebabkan warna minuman macchiato ini hampir sama dengan warna latte, orang ramai sering keliru dengan dua jenis kopi ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut, cappuccino biasanya disediakan menggunakan espresso, susu yang telah dipanaskan, dan buih susu. Manakala latte pula merupakan minuman yang menggabungkan susu panas di dalam espresso. Sementara, macchiato adalah minuman dengan penampilan buih susu di atas espresso.

Bilakah Minuman Macchiato Mula Diperkenalkan?

Berdasarkan perkongsian kebanyakkan pakar kopi, macchiato pertama kali dicipta di Itali pada sekitar tahun 80-an. Pada ketika itu, barista berkenaan ingin menunjukkan perbezaan pesanan untuk espresso biasa dan espresso yang ditambah susu.

Selain itu, terdapat juga perkongsian di mana ada minuman yang serupa seperti macchiato telah muncul di Portugal yang dipanggil café pingado atau kopi dengan setitik susu.

Dan daripada situ, macchiato telah diinovasi dan diperbaiki penawarannya dengan menggunakan sukatan nisbah tertentu antara espresso kepada susu yang digunakan – dengan mengambil kira bahawa ramai yang menganggap cortado sebagai bahagian susu yang sama dengan espresso dan piccolo latte sebagai secawan espresso yang dihiasi dengan susu dan buih.

Apabila munculnya Starbucks, minuman macchiato turut mengalami beberapa perubahan lain. Anda boleh memesan macchiato yang dicampur bersama karamel. Ataupun menambah beberapa perasa lain yang bersesuaian.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd