Baru-baru ini, GHC telah mengiktiraf bahawa amalan kebersihan seperti mencuci tangan sebagai satu cara bagi menangani AMR melalui pengurangan risiko jangkitan serta keperluan untuk antibiotik.
Kebersihan tangan boleh membantu mengurangkan penyebaran jangkitan sekaligus melindungi 1 dalam 3 kanak-kanak yang terjejas dengan cirit-birit dan telah menunjukkan pengurangan 30% dalam preskripsi antibiotik untuk kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan.
Dengan itu, GHC menggesa kerajaan Malaysia dan penggubal dasar untuk meningkatkan kepentingan kebersihan bagi melindungi berjuta-juta nyawa.

Dianggarkan, pada tahun 2019, kematian 4.95 juta orang dikaitkan dengan jangkitan bakteria yang kebal terhadap antibiotik.
Jika tiada tindakan yang diambil bagi menghentikan penyebaran AMR, angka ini boleh meningkat kepada 10 juta kematian setahun menjelang tahun 2050 yang mana prosedur biasa seperti pembedahan caesarean akan mengalami risiko yang lebih besar.
Sempena Hari Mencuci Tangan Sedunia 2023, Dettol dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH), Majlis Kebersihan Global (GHC), Profesor Dr Zamberi Sekawi, Pakar Penyakit Berjangkit dan Watsons telah berganding bahu mengadakan perbincangan panel informatif untuk bertukar pandangan mengenai kepentingan penambahbaikan amalan kebersihan, konteks kesihatan global dan landskap kesihatan awam tempatan.

Hasil perbincangan yang diadakan, telah didapati bahawa penyakit berjangkit semakin meningkat kerana amalan mencuci tangan dan kebersihan komprehensif yang diamalkan semasa pandemik COVID-19 semakin berkurangan walaupun mencuci tangan secara berterusan merupakan satu-satunya langkah pencegahan yang paling berkesan. Panel itu juga menegaskan bahawa penularan penyakit berjangkit dan kesan perubahan iklim semakin meningkat.
Profesor Emerita Elizabeth Scott, Pengerusi GHC, melaporkan bahawa kesan buruk penyakit berjangkit terhadap masyarakat tidak pernah sebegini jelas. Memandangkan pandemik COVID-19 menunjukkan tanda-tanda akan berakhir, ‘pandemik senyap’ kerana kerintangan antibiotik (AMR) sedang berlaku, di mana, AMR diiktiraf sebagai salah satu daripada ancaman terbesar kepada kesihatan manusia.

Sabagai lambang komitmen untuk mempromosikan kesedaran kebersihan dan menandakan Hari Mencuci Tangan Global, Dettol memperkenalkan ‘Hygiene Hour’ menerusi penggunaan lampu hijau pada Menara KL selain turut hadir dengan kru kebersihan Dettol, penunggang motosikal e-hailing yang berdedikasi bagi menyampaikan kit kebersihan Dettol.
Bukan itu sahaja, Dettol juga telah bekerjasama dengan Watsons, untuk membantu menanam tabiat mencuci tangan serta amalan kebersihan yang berkesan di 700 lokasi dengan sasaran untuk mendidik lebih 500,000 pembeli dalam tempoh enam bulan.