Dalam sambutan ulang tahun ke-40 G-SHOCK, jenama ini telah memulakan lawatan ke seluruh Asia Tenggara yang bertemakan “Rooted in Toughness.”
Dan di Malaysia, G-SHOCK menampilkan kedai pop-up yang akan dibuka di Pavilion Kuala Lumpur bermula 23 hingga 29 Oktober 2023. Menurut G-SHOCK, Malaysia merupakan persinggahan terakhir sepanjang jerayawara G-SHOCK 40 tahun ini.

Di kedai pop-up ini, G-SHOCK mempamerkan koleksi ulang tahun mereka termasuk siri Clear Remix, siri Remaster Black, siri Recrystallized, siri Adventurer’s Stone, siri Flare Red, dan siri eksklusif kerjasama G-SHOCK x Eric Haze yang dinanti-nantikan.

Dengan ini, para pengunjung akan memulakan perjalanan yang mengasyikkan kembali ke masa lalu dengan G-SHOCK, menyaksikan evolusi luar biasa jenama ini yang bermula dari penciptaan perintis G-SHOCK DW-5600C pada tahun 1983, yang menandakan kejayaan dalam teknologi jam tangan digital, kepada status ikonik semasanya, yang menunjukkan ketahanan dan inovasi (GA-2100).

Sekiranya anda berkunjung ke kedai pop-up G-SHOCK di Pavilion KL, anda akan berpeluang membeli t-shirt edisi terhad G-SHOCK x 88rising eksklusif, berharga RM139 setiap satu. T-shirt unik ini tersedia secara eksklusif semasa acara dan tertakluk kepada ketersediaan stok.