Carian
Belanjawan 2024 Mengumumkan Tahun Melawat Malaysia Telah Ditetapkan Semula Pada 2026
October 13, 2023 Lina Rosli

Pada Belanjawan 2024, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan yang mana Tahun Melawat Malaysia telah ditetapkan semula pada tahun 2026.

Di dalam pengumuman ini, kerajaan menyasarkan sebanyak 26.1 juta pelancong asing akan tiba di Malaysia dengan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion.

Berbanding dengan pengumuman sewaktu Belanjawan 2023 yang lepas, kerajaan telah meningkatkan sebanyak RM100 juta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM350 juta (sebelum ini RM250 juta) peruntukan untuk mempromosi pelancongan bagi menghasilkan daya lonjakan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.

Selain itu, kerajaan Malaysia turut akan menawarkan bantuan kepada lebih 200 penggiat kebudayaan dalam menganjurkan aktiviti seni dan budaya. Dalam pada masa yang sama, beberapa kerjasama dengan industri turut akan dilaksanakan dalam mempromosikan aktiviti pelancongan sama ada pelancongan dalam dan luar negara.

Pada Belanjawan 2024 ini juga, kerajaan akan menyediakan dana kepada Pusat Pelancongan Islam (ITC) untuk membangunkan industri pelancongan mesra muslim di Malaysia.

Komen