Carian
Belanjawan 2024 Memperuntukan Sebanyak RM80 Juta Untuk Memelihara Dan Memulihara Tapak Warisan UNESCO
October 13, 2023 Lina Rosli

Selepas berlaku beberapa isu mengenai status Rizab Biosfera UNESCO ke atas Tasik Chini Pahang, nampaknya pada Belanjawan 2024 kali ini kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM80 juta bagi memelihara dan memulihara semula bangunan dan tapak warisan yang telah diiktiraf UNESCO seperti di Gua Niah,Sarawak, tasik dan bukit di Royal Belum, Perak serta kawasan sejarah di Lembah Bujang, Kedah.

Selain itu, sebanyak RM20 juta telah disediakan kepada kerajaan negeri bagi menyelenggara dan memulihara lokasi tarikan pelancongan seperti Tasik Timah Tasoh di Perlis, Kenong Rimba Park di Pahang, dan Pantai Teluk Kemang di Negeri Sembilan.

Sebanuak 20 juta ringgit akan diperuntukkan kepada Think City untuk mengangkat dan memulihara nilai Kuala Lumpur sebagai bandar raya kreatif dan budaya.

Untuk pengetahuan anda, telah bermula sejak Julai lepas sehingga November 2023, Think City dan DBKL telah mempromosikan ekuiti sosial melalui pengaktifan ruang awam dan meningkatkan kedaya-hunian dan kelestarian keseluruhan Pusat Bandar Kuala Lumpur, seperti yang dimaktubkan dalam Pelan Induk Strategik Daerah Kreatif dan Kebudayaan Kuala Lumpur (KLCCD) yang dibangunkan secara bersama dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Yayasan Hasanah pada 2019.

Selain itu, beberapa perkara lain yang akan diberi fokus termasuklah penyediaan:

  • Ruang kepada ekonomi budaya dan kreatif akan diwujudkan untuk mengembangkan dan memanfaatkan aset warisan sedia ada. Dengan pengaktifan semula ruang awam ini, ia akan memberi peluang rekreasi dan ekonomi yang sama dan mudah diakses untuk semua warganegara.
  • Penggunaan semula bangunan warisan di dalam bandar berfungsi untuk memberi nafas baru kepada struktur ini, dapat memupuk penghargaan baru terhadap kepentingan warisan.
Komen