Carian
Belanjawan 2024 – Putrajaya Akan Dijadikan Model Bandar Rendah Karbon Malaysia
October 13, 2023 Lina Rosli

Di dalam laporan Belanjawan 2024 juga, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar telah mengumumkan yang mana kerajaan akan menjadikan Putrajaya sebagai model bandar rendah karbon Malaysia.

Apa yang dimaksudkan dengan bandar rendah karbon? Bagi yang tidak mengetahui, bandar rendah karbon adalah sebuah bandar yang menampilkan ekosistem yang merangkumi masyarakat yang menggunakan teknologi hijau dan mengeluarkan karbon rendah untuk mengelakkan kesan ke atas perubahan iklim melalui penggunaan sumber efisien dan mengurangkan pembaziran.

Selari dengan pengumuman bandar rendah karbon ini, kerajaan dijangka akan mula memasang panel solar di atap bangunan Kerajaan dengan kerjasama TNB dan Gentari.

Bukan itu sahaja, Pentadbiran Persekutuan juga akan mula menggunakan kenderaan elektrik sebagai kenderaan rasmi. Untuk pengetahuan anda juga, sebanyak 180 pengecas elektrik akan diperkenalkan di lebih banyak lagi lokasi di seluruh Malaysia.

Komen