Bagi mengatasi masalah dan isu air bertakung dan banjir kilat, di dalam Belanjawan 2024, kerajaan akan menyediakan RM20 juta kepada 150 pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan kerja- kerja pembaikan parit dan longkang yang rosak.

Sebelum ini, kerajaan Selangor telahpun meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenal pasti kawasan perumahan yang mempunyai masalah longkang tersumbat bagi mengatasi masalah aliran air yang menjadi punca kejadian banjir di beberapa tempat di negeri itu.
Sementara di Kuala Lumpur, DBKL turut sedang di dalam perancangan membangunkan sistem amaran banjir yang diintegrasikan bersama Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) bagi mewujudkan Sistem Amaran Awal Banjir bagi membantu individu di kawasan setempat bertindak awal sekiranya berlaku banjir kilat.